“Nelydia pun menyampah!” – [VIDEO] Uqasha Buat Hal, Selamba Salam Lepas Tu Cium Pipi Suami Adik Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bukan sekali dua Uqasha Senrose terpalit kontroversi dan paling terbaru dia dikecam ramai netizen dekat Instagram disebabkan video panas ni.

Menurut satu forum, satu video menunjukkan keluarga Uqasha sedang berkumpul di rumah dan dia dikatakan tengah tunjuk perangai ‘gila-gila’ sambil salam adik lelakinya.

Sumber: Instagram

Tapi, apa yang buat netizen terkejut dan tak senang adalah bila dia selamba pergi salam, berlaga pipi dengan Hafez, suami kepada Nelydia Senrose.

Padahal Nelydia atau lebih mesra dipanggil Nely ada di sebelah suaminya. Netizen sendiri pun perasan mimik muka Nely yang tak suka dan tak selesa dengan tindakan kakaknya tu.

Sumber: Instagram

Apa lagi, memang lajulah netizen bagi ‘nasihat’ dekat Uqasha ni kan. Ada yang kata keluarga ni terlalu ikutkan budaya barat sampai tak reti nak jaga batas pergaulan.

Kira macam tak kisah kalau nak tunjuk kasih sayang tapi tak perlu sampai nak menghalalkan yang haram. Ada juga yang kata mereka tak suka perangai gedik Uqasha ni sampai dengan ahli keluarga sendiri pun nak buat hal.

Sumber: Instagram

 

Tonton video panas tu di bawah ni:

View this post on Instagram

Ape itu usha 😂 #uqashasenrose

A post shared by Uqasha Senrose (@uqashamiming) on

Mungkin begitu cara dia tunjuk kasih sayang dekat adik ipar huhu…

Baca: “Tunang hang tak marah ka?” – Intan Najuwa Dikecam Gara-gara Upload Gambar ‘Mesra’ Dengan Zul Ariffin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!