in

“Naya weh langgar bontot GTR” – Kereta Myvi Accident Langgar Nissan GTR, Netizen Geleng Kepala Kos Repair Bakal Cecah RM55,000

Girl Langgar Gtr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dengar saja mengenai kereta Myvi, rasanya ramai di antara korang dah boleh agak apa pulak ‘kehebatan’ terbaru yang ditonjolkan kenderaan ini yang sering menjadi sebutan ramai.


Menerusi satu perkongsian di Facebook, sebuah kereta Myvi berwarna gold katanya telah melanggar belakang sebuah kereta mewah iaitu Nissan GTR. 

Kerosakan pada kedua-dua buah kereta itu tidaklah begitu teruk sehingga mengakibatkan kecederaan pada pemandu, namun buat kereta mewah seperti Nissan GTR kerosakan seperti itu mengundang kos baik pulih yang agak lumayan.

141918391 2771165553143039 8540126758668038816 N

142339485 2771165589809702 5662988997406729525 N

141784020 2771165633143031 7408238586403994774 N

141970113 4361617737184933 2443827201052422801 N

Selepas ditolak tambah, seorang individu yang berkemungkinan pemilik kepada kenderaan Nissan GTR tersebut memberitahu kos repair kereta mewah itu boleh mencecah RM55,000! Aduimak!

Kos seperti yang disenaraikannya ialah seperti di bawah:

Posted by MMM Garage on Tuesday, January 26, 2021

 

“Total semua boleh ambik satu myvi lagi” 

Rata-rata netizen yang membaca posting tersebut ternyata geleng kepala dengan situasi yang bakal dialami oleh pemilik kereta Myvi. Walau bagaimanapun, netizen bersikap positif dengan mengatakan semuanya boleh diselesaikan dengan insurans je.

Apa-apapun ramai yang menasihatkan pemandu Myvi tersebut supaya jangan mengulangi kejadian seperti ini lagi. Mau pengsan dibuatnya owner kereta Nissan tu.

Nissan

Baca: “Vellfire pun tumbang” – [Video] Tular Rakaman Myvi Langgar Toyota Vellfire Sampai Terbalik Di Glenmarie

Vellfire

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.