in

“Nasib baik isteri sendiri cucuk” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Lelaki Fobia Jarum, Suntik Vaksin

Fi Suami Takut Jarum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita sebut saja hal yang berlaku di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV), mesti banyak ragam dan kerenah yang akan kita dengari. Dari yang datang memakai pakaian yang unik, sampailah ke sikap yang fobia dengan jarum suntikan.


Walaupun ramai yang ada fobia dengan jarum ni, tapi kisah ‘fobia’ seorang lelaki ini nak terima suntikan memang lain macam.

 

Gabra nak kena suntik

Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan keadaan seorang lelaki ini terlampau takut untuk terima suntikan vaksinnya.

Posting tersebut dikongsikan oleh akaun @EJA Bonda, yang mana seorang lelaki ini datang ke sebuah klinik untuk menerima suntikan vaksin.

Namun jelas kelihatan dalam video berkenaan riak wajahnya terlampau takut apabila hendak disuntik. Bukan tu saja, dia sempat lagi letakkan tangan di dada sambil istighfar cuba untuk tenangkan dirinya.

Suami Takut Jarum 3

 

Isteri tukang cucuk

Nak dijadikan cerita, jururawat yang nak bagi injection pada lelaki itu adalah isterinya sendiri. Isterinya juga sempat tenangkan si suami yang terlampau takut itu.

Bukan tu saja, sambil-sambil nak tenangkan diri tu lelaki ini boleh lagi bagi ‘peringatan’ pada isterinya supaya berhati-hati sewaktu nak cucuk itu.

“Mama elok-elok ma nak cucuk tu” katanya.

Makin nak disuntik, makin menggeletar si suami sampai menghentak kakinya sebab terlampau takut. Akhirnya selepas beberapa ketika bertarung dengan ketakutan diri, akhirnya lelaki itu berjaya mendapat suntikan vaksin pertamanya.

Aksi lelaki berkenaan telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 770k views di TikTok.

@sambalmitos

macam mie lah orang takut jarum ??#sahabatbosskay #sambalmitos #fypp #tiktokmalaysiaindonesia???? #foryoupage #firstdoseofvaccine

♬ original sound – EJA Bonda ?? – EJA Bonda ??

 

“Aku pulak yang tahan nafas tengok”

Di ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen selepas melihat gelagat lelaki tersebut. Ada juga netizen yang turut sama rasa ‘takut’ bila tengok lelaki berkenaan cuba untuk tenangkan diri. Selain itu ada juga berkongsi pengalaman mereka, yang turut sama fobia dengan jarum ini.

Reak Suami Takut Jarum 4 Edit Reak Suami Takut Jarum 1 Edit Reak Suami Takut Jarum 3 Edit Reak Suami Takut Jarum 2 Edit

Alahai kesian betul tengok bila orang fobia dengan jarum ni. Nasib baiklah isteri pun menyabar tunggu.

 

Baca : “Bunyi mcm neran bersalin” – [VIDEO] Lelaki Menjerit Takut Nak Cucuk Vaksin, Member Terpaksa Pegang Ramai-ramai

Foot Suami Takut Jarum

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.