in

Paderi Ketuai Upacara Pembakaran Buku Sihir, Bakar Sekali Novel Harry Potter & Twilight

2Hp E1652585750566

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang paderi telah mengetuai suatu upacara pembakaran buku-buku sihir minggu lepas di Tennessee, Amerika Syarikat. Greg Locke iaitu ketua paderi di Global Vision Bible Church berjaya mengumpul ratusan pengikutnya dalam upacara itu.


Screenshot 2022 02 12 At 4.25.18 Pm

Menurut laporan LadBible, Locke dan pengikutnya membakar buku-buku sihir kerana mereka mempercayai “sihir adalah perkara terlarang dan ia perlu dihapuskan”. Namun tindakan kumpulan ini membakar buku-buku sihir dipandang aneh oleh orang ramai dan pengguna media sosial kerana mereka turut membakar novel siri Harry Potter dan Twilight.

Screenshot 2022 02 12 At 4.24.56 Pm

Menurut Locke, novel-novel itu bercanggah dengan kepercayaan dan apa yang dianuti mereka. Tambahnya lagi, novel-novel tersebut adalah ancaman kepada kepercayaan iman mereka.

Screenshot 2022 02 12 At 4.24.34 Pm

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Locke mencipta kontroversi. Sebelum ini, Locke pernah dikecam selepas melabel kanak-kanak autisme sebagai sebahagian daripada ‘tentera syaitan’.

Baca: Barisan Pelakon Harry Potter Bakal ‘Reunion’ Sambut Ulang Tahun Ke 20 Tahun Filem Pertama Mereka

Screenshot 2022 02 12 At 4.26.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.