in

“Nanti ayah awak datang, cikgu kejutkan..” – Guru Dipuji Netizen, Teman Murid Tahun 1 Tanpa Jemu

Cikgu Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila seorang guru ada rasa kasih dan sayangnya pada anak murid sama seperti anak sendiri, maka anak murid itu akan cepat percaya terhadap guru tersebut. Walaupun murid itu cumalah seorang anak kecil yang baru mahu mengenal alam persekolahan.


Itulah pendekatan yang digunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Putrajaya Presint 8 (2), Cikgu Hussayn. Baru-baru ini tular kisahnya, yang sanggup membiarkan seorang murid tahun 1 tidur di atas ribanya sementara menunggu bapa murid tersebut.

Menurut Cikgu Hussayn, pada hari Khamis yang lepas, telah berlangsungnya satu program orientasi bagi murid tahun 1. Beliau ditugaskan sebagai pengacara bagi majlis tersebut yang dihadiri oleh ibu bapa serta anak-anak mereka.

Cikgu
sumber: facebook

“Dalam banyak-banyak gambar, saya suka gambar ini sebab penuh makna pada saya”

Kata Cikgu Hussayn, dua murid ini sepatutnya bersama dengan rakan-rakan lain bagi sesi melawat sekitar sekolah di mana mereka akan meronda satu sekolah bagi sesi suai kenal. Tetapi dua murid ini tidak mahu menurut serta dan andaian guru ini mungkin kerana mereka tidak biasa dengan situasi tersebut dan hanya mahu menunggu ibu bapa mereka di situ sementara ibu bapa mereka masih berada di dewan bagi mendengar taklimat.

“Untuk makluman, dua anak ini pada mulanya menangis kemudian apabila ditenangkan, akhirnya mula diam dan salah seorang kelihatan agak keletihan”

Bersimpati dengan anak murid itu, dia mempelawa murid tersebut untuk tidur di ribanya memandangkan taklimat untuk ibu bapa masih dijalankan.

Cikgu 1
sumber: facebook

“Mari sini.. Awak tidur sahaja di riba cikgu. Nanti kalau ayah awak datang, cikgu kejutkan,” kata Cikgu Hussayn. Tetapi apa yang memeranjatkannya, murid tersebut terus menuju padanya dan tidur di atas ribu guru tersebut. Alololo comelnyaa!

Bagi cikgu Hussayn yang merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut, dia memahami bahawa tindakannya itu antara salah satu cara untuk mendekati anak murid serta bagi memudahkannya untuk menjalankan sesi kaunseling kelak sekirannya perlu.

Dia terharu dengan situasi tersebut kerana berkat kesabarannya melayan kerenah murid-murid itu, kepercayan seseorang kepada guru telah pun berubah.

Cikgu 2
sumber: facebook

“Saya perasan ramai parent yang lalu lalang tersenyum dan ada juga yang duduk di sebelah saya ketika itu menyangkakan itu adalah anak saya”

Kata guru ini lagi, dia sememangnya menganggap anak muridnya sama seperti anaknya sendiri biarpun hakikatnya mereka itu adalah anak orang lain. Perkongsian ini juga mendapat pujian daripada netizen memandangkan agak susah untuk jumpa guru seperti ini.

Netizen
sumber: facebook
Net
sumber: facebook
Et
sumber: facebook

Woww.. Salute sangat-sangat! Harap ibu bapa lepas ini jangan terlalu bimbang kerana masih ramai lagi sebenarnya guru seperti ini, cuma kita je yang tak tahu. Kan? 🙂

Baca: Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap ‘Cool’ Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall

Pageni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.