in

“Nanti abah tumbuk, nanti abah sepak guna kasut kalau pecahkan lampu” – Netizen Dedah Lagi Video Aliff Syukri ‘Ugut’ Anak Pulak?

Anak Alip Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Nanti abah tumbuk, nanti abah sepak guna kasut kalau pecahkan lampu" - Netizen Dedah Lagi Video Aliff Syukri 'Ugut' Anak Pulak?
Loading
/

Kalau sebelum ini viral video Dato’ Aliff Syukri dikatakan ‘mendera’ anaknya Qadeeja dengan memukul budak perempuan tersebut hingga berbirat badan gara-gara membuka tudung sesuka hati, kali ini muncul pulak video baru.


Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen mendedahkan satu lagi video yang menunjukkan tindakan Aliff yang dikatakan telah mengugut anak lelakinya, Baim kerana memecahkan lampu mahal di rumah. Adusss record video lagi ke??

 

“Nanti abah tumbuk, nanti abah sepak guna kasut, nanti abah lempang kalau pecahkan lampu”

Video yang viral tersebut menunjukkan anaknya ketiganya, Baim memberitahu apa yang Aliff bakal lakukan kalau mereka telah memecahkan lampu tersebut. Ia termasuklah menumbuk, menyepak dan melempang muka mereka. 

Min tak tahulah sama ada betul Aliff Syukri ada buat perkara-perkara ni, tapi itulah yang dikatakan anaknya sendiri dalam video tu.

Dumb 1

Sumber: Twitter

 

“Abah Baim minta maaf, minta maaf…” 

Satu lagi video pula menunjukkan Baim yang bersungguh-sungguh memohon maaf kepada Aliff atas kesalahannya. Aliff juga minta Baim betulkan kerosakan yang dia buat tapi… kalau fikir secara logik memang tak boleh lah kan.

Dumb 2

Sumber: Twitter

 

“Semua parents marah anak-anak tapi perlu ke record? The heck betul la kesian budak tu” 

Kalau video sebelum ini pun dapat kecaman hebat, video yang didedahkan kali ini pun apa kurangnya. Rata-rata netizen memang tak bersetuju langsung dengan cara didikan Aliff Syukri terhadap anak-anaknya.

Lagi sedih bila lihat keadaan Baim yang beriya-iya mohon maaf kepada bapanya. Takut-takut nanti anak Aliff akan buat benda yang sama kepada anak mereka pula bila dah tua nanti. Haih! 

Record
sumber: twitter

Min harap video kali ini tak kena report lagilah dengan netizen ke balai polis ye. Harap Dato’ Aliff sedar tindakannya merakam situasi pukul memukul anak ni salah tambahan pulak bila disebar ke awam. 

Baca: “Padan muka!” –  NGO Buat Laporan Polis Atas Tindakan Aliff Syukri Pukul & Malukan Anak

Alip 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.