Nannie Doss: Nenek Kesayangan Yang Selalu Ceria & Suka Gelak Rupa-rupanya Bunuh Ahli Keluarga Satu Per Satu

Nannie Doss, wanita yang kelihatan manis, suka senyum dan ketawa sepanjang masa. Dia dah berkahwin dan mempunyai empat orang anak dan sering luangkan masa bersama dengan cucu-cucunya.

Namun disebalik keceriaan yang ditonjolkan, dia sebenarnya dah membunuh dari tahun 1920 hingga 1954. Nannie Doss mengaku telah membunuh empat dari lima suaminya tapi pihak berkuasa percaya yang dia dah bunuh ramai ahli keluarganya.

Kehidupan awal Nannie Doss

Nannie dilahirkan pada tahun 1905, tak ke sekolah, Nannie dan empat adik beradiknya tinggal di rumah untuk mengerjakan kerja rumah dan menjaga ladang keluarga.

Ketika usianya tujuh tahun, Nannie mengalami kecederaan kepada ketika menaiki kereta api. Kecederaan ini telah mengubah hidup wanita ini.

Apabila menginjak usia remaja, Nannie mengimpikan kehidupan yang sempurna dengan bakal suaminya. Dia gemar membaca majalah bahagian kisah cinta. Mungkin dia gunakan hobinya ini untuk melarikan diri dari bapanya yang abusive.

Nannie berkahwin ketika dia berusia 16 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang dia hanya kenal selama empat bulan. Charley Bragss dan Nannie mempunyai empat orang anak dari tahun 1921 hingga 1927.

Pasangan ini tinggal di rumah keluarga Charley, tapi bapa Charley juga abusive seperti bapa Nannie.

Perangai sebenar Nannie Doss

Dua anak Nannie meninggal secara misteri pada tahun yang sama. Nannie dan Charley kemudiannya bercerai. Charley mengambil anak perempuannya, Melvina dan meninggalkan bayi baru lahir, Florine kepada bekas isteri.

Setahun selepas bercerai, Nannie berkahwin dengan suami kedua yang ditemui melalui kolum luahan perasaan di surat khabar bernama Frank Harrelson.

Frank merupakan seorang alkoholik dan kaki pukul. Pun begitu, perkahwinan mereka kekal selama 16 tahun. Semasa tempoh ini, Nannie mungkin membunuh cucu perempuannya yang baru beberapa hari lahir dengan menikam otak bayi ini menggunakan sepit rambut.

Beberapa bulan selepas cucunya mati, cucu lelakinya yang berusia dua tahun mati lemas di bawah penjagaan Nannie. Dua kanak-kanak ini merupakan anak Melvina.

Frank merupakan mangsa wanita ini seterusnya. Satu malam, Nannie telah campurkan ramuan rahsia dalam bekas arak suaminya dan dia mati seminggu selepas itu.

Ramai menganggap lelaki ini mati kerana keracunan makanan manakala Nannie sempat mengumpul insurans nyawa dari suaminya dan membeli sebidang tanah dan rumah menggunakan duit itu.

Nannie kemudiannya berkahwin dengan Richard Morton, namun lelaki ini sering keluar dan menghabiskan masa dengan ramai wanita-wanita lain.

Pada 1953, ibu Nannie memerlukan penjaga selepas dia terjatuh dan patah tulang pinggul selepas bapanya meninggal dunia. Tapi, beberapa bulan selepas Nannie bersetuju untuk menjaga dia, wanita tua itu meninggal tanpa amaran. Tak lama selepas itu, kakak Nannie pula meninggal selepas dia contact balik adiknya. Uish, bertubi-tubi.

Lepas dia settle kan ibu dan kakak dia, dia mula memberikan perhatian kepada suami curang dia yang mati secara misteri.

Mangsa terakhir Nannie merupakan Samuel Doss. Samuel bukanlah macam “lelaki tak guna” yang lain. Kesalahan Samuel hanya kerana dia paksa Nannie untuk tengok rancangan TV atau baca majalah ada unsur-unsur pendidikan.

Nannie telah meracun kek yang diberikan pada suaminya namun ia tak membunuh lelaki ini, Samuel hanya terlantar di hospital selama berbulan-bulan. Tapi, sejurus selepas lelaki ini keluar dari hospital, dia mati selepas minum kopi beracun.

Kesilapan yang diakhiri dengan penangkapan Nannie Doss

Tak macam pembunuhannya yang lain, doktor yang merawat Samuel mengesyaki ada sesuatu yang tak kena semasa dia sakit selama berbulan-bulan di hospital. Jadi, doktor ini cuba meyakinkan Nannie untuk membenarkan dia menjalankan bedah siasat ke atas mayat suaminya.

Doktor menemui jumlah arsenik yang banyak dalam badan Samuel dan mula menghubungi pihak polis. Nannie ditahan pada tahun 1954.

Ketika disoal siasat, Nannie mengaku telah membunuh empat dari lima suaminya tapi tak mengaku yang dia telah membunuh ahli keluarganya.

Pihak berkuasa kemudian memeriksa semula mangsa-mangsa Nannie dan menemui badan mereka mengandungi kandungan arsenik dan racun tikus yang tinggi. Pada zaman ini, arsenik dan racun tikus merupakan bahan biasa yang digunakan untuk membunuh orang tanpa mendatangkan curiga.

Cara Nannie membunuh mangsa-mangsanya adalah dengan meletakkan racun dalam makanan atau minuman mereka.

Pihak berkuasa suspek yang wanita ini telah membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan kesemua mangsanya mempunyai pertalian darah dengannya.

Nannie mengatakan sebab dia membunuh adalah berpunca dari kecederaan otak yang dialami semasa dia kecil. Sementara itu, para wartawan ketika itu memberikan nama gelaran “Giggling Granny” kepada wanita ini kerana setiap kali Nannie nak bercerita tentang cara dia bunuh bekas suami-suaminya, dia akan gelak.

Nannie berkata, punca dia membunuh suami-suaminya bukan sebab harta tapi kerana terlalu taksub dengan majalah cinta dan romantik hingga memberi kesan kepada fikirannya.

Saya mencari teman yang sempurna, cinta sejati dalam hidup.”

Atas alasan ini, apabila suaminya tak dapat memberikan kasih sayang yang diharapkan, dia akan bunuh lelaki tersebut dan mula mencari lelaki atau mangsa seterusnya.

Tambah lagi, disebabkan kebanyakan suaminya mempunyai masalah alkohol atau jantung, doktor dan pihak berkuasa tak pernah suspek apa-apa.

Nannie Doss meninggal di dalam penjara pada tahun 1964 ketika dia menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh Samuel Doss.

Bila tengok gambar-gambar Nannie ni nampak macam baik je orang dia. Memang tak expect langsung dia boleh bunuh orang.

Sumber: ati

 

Baca: “Lelaki yang selalu ‘approach’ saya” – Nenek 83 Tahun Guna Tinder Untuk Dapat Seks Kasual Dengan Lelaki Muda

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson