Adakah anda seorang yang gemar bermain buaian ketika zaman kanak-kanak? Jika diberi peluang untuk bermain buaian tetapi versi lebih ‘extreme’ dan menakutkan adakah anda akan melakukannya?
Baru-baru ini tular satu video di akaun seorang wanita @_yarzs bermain buaian gergasi. Di dalam video berkenaan, wanita itu seakan tidak mempunyai perasaan takut malah kelihatan teruja untuk mencuba!
Dikatakan, buaian gergasi itu boleh mencecah 9.5 meter dan boleh berpusing 360 darjah. Dari segi keselamatan pula, dilihat kaki dan tangan individu yang mencuba akan diikat rapi. Jadi, selamatlah kan?
Artikel berkaitan: Bomba Keluarkan Remaja 16 Tahun Tersangkut Dalam Buaian Kanak-kanak
Artikel berkaitan: “Pukul 2,3 pagi je gerak sendiri” – Lelaki Ini Kongsi Video Buaian Yang Goyang Secara Sendiri Rupanya Ada ‘Benda’ Yang Main
Terdapat dua penjaga akan memberi arahan dan akan menghayunkan buaian itu sebelum ia berpusing 360 darjah.
Melihat saja buaian itu berpusing akan membuatkan pengujung kecut perut untuk mencubanya.
Rata-rata komen netizen teruja melihat dan ada juga yang tidak sanggup mencuba walaupun dicabar.
Adakah anda diluar sana juga berani seperti wanita itu? Ingat ya, isu keselamatan juga perlu dititikberatkan kerana malang tidak berbau!
