in

“Nampak macam boleh beli kat Sg Wang”- Netizen Kecewa Evening Gown Miss Universe Malaysia ‘Menyedihkan’

Miss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Twitter kecoh lepas Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon 22 tahun memperagakan kostum nasional dan gaun petang yang akan dipakainya pada pertandingan Miss Universe ke-68 yang akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 8 Disember ini.

Namun yang paling mencuri tumpuan netizen ialah gaun petang yang dipakai Shweta, yang dianggap sebagai ‘tak siap’ dan ‘menyedihkan’, malah siap ada yang cakap macam ‘bangkai sotong’.


 

“Wakil sudah cantik, tapi evening gown agak mengelirukan. It’s a no from me…”

Gaun petang yang dipakai Miss Universe Malaysia 2019 ni sebenarnya diilhamkan dari keemasan pasir pantai Malaysia, selain itu gaun berwarna karamel ini juga dihiasi kulit kerang sebenar.

Cuma, ramai yang ‘kurang senang’ dengan gaun petang tersebut sebab katanya macam biasa sangat.

 

Urghh. Model dah lawa. Kenapa mesti spoil dekat baju…

Komen 1
Sumber: twitter

 

Huwaaa kenapa macam beli dress online dekat l***da…

Komen 2
Sumber: twitter

Satu lagi busana yang diperagakan Shweta ialah kostum nasional, kali ini dia tampil dengan busana seberat 28kilogram.

Kostum bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’ yang diilhamkan pereka fesyen terkenal, Carven Ong itu menampilkan sajian pemanis mulut tradisional sebagai elemen utama dan mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan.

Busana itu mengetengahkan material songket dan batik selain turut menampilkan kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian itu.

3 4
Sumber: berita harian

Pada saya tidak salah mengambil sajian makanan sebagai inspirasi rekaan kerana kita harus bangga Malaysia mempunyai pelbagai sajian makanan yang enak dan unik yang harus diketengahkan di mata dunia.

“Saya memilih sajian pemanis mulut sebagai konsep rekaan kerana ia antara hidangan yang lazimnya ada di atas meja setiap kali mengadakan majlis keraian. Jadi meraikan Ratu Cantik Malaysia di pentas dunia, saya mengetengahkan elemen sajian pemanis mulut dalam rekaan berkenaan,”- Carven Ong

Untuk video penuh korang boleh tengok kat bawah ni :

 

Sama-sama kita doakan wakil Malaysia di pentas Miss Universe okay.

Baca : Republic abah kau!- Gara-gara Pakai Selempang Republic Of Malaysia, Penganjur Ratu Cantik Dikecam Teruk

Republic

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.