Baru-baru ini Pertandingan Ratu Cantik yang diadakan di Myanmar menjadi viral selepas salah seorang peserta memakai selempang tertera perkataan ‘Republic Of Malaysia’.
Peserta yang dipercayai wakil Malaysia itu bukan kelihatan yakin mengenakan selempang tersebut, malah turut melaungkan bahawa dia mewakili ‘Republic Of Malaysia’
Korang boleh tengok video kat bawah ni
Disebabkan video ‘Republic Of Malaysia’ yang tular itu, rata-rata netizen mengecam teruk pihak penganjur yang dikatakan sebagai tak sensitif.
Siap suruh buat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia dan Yang Di-Pertuan Agong lagi.
“Lain kali, kalau nak buat event antarabangsa, belajar lah betul2….ko ingat nama negara mcm nama kedai makan ker?”
Bukan setakat itu je, peserta wakil Malaysia yang pakai selempang itu pun kena kecam jugak sebab takkan lah dia tak aware pasal benda itu? Kenapa tak tegur pihak penganjung?
“Beauty? No brain. So sorry.. not pretty at all when you show your stupidity to public.”
So disebabkan benda ni dah kecoh, penganjur tampil mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan itu, malah kata mereka kesilapan itu adalah kesilapan pihak penganjur dan tiada kaitan dengan peserta yang terlibat.
https://www.facebook.com/MissCrystalAngelInternational/posts/546705412556400?__xts__[0]=68.ARBS99L_SBjAwBeuqJmfzGDS3HiJ5EGDUWTKaOEARM9e64rw4cFho0dEob53wlquWmi8OkAsF95RpW8FOJHbk9crRA3BxHaKvlb1XINDO2YvSfLYi6G5-btjDBfhS6hZ6yQkp8YOR7-rv7KapgaggKvo3SeQfLUdZInLkLzzwSP2_8CDi5eTOwOMFXKNixJonX0DaIIt5D9kMdLtB4pWZE7GQOgbp8LzTBy1dzvIFGcdPGlKDbN91GiKyyLOz0FDdp6FLd7b1VGbm7V6PzoBbhoqCSQPyU6BDQKmYrmL3r9YlRer4kg1EMljkrwacuqsvdJwKASxvZe1fIAzjyk&__tn__=-R
“Katanya lagi, mereka pun dah tukar nama Republic Of Malaysia kepada Borneo…”
Hurm, mungkin tak sengaja kot…mungkinlah.