in

“Nampak ceria je mula2 tu” – [VIDEO] Wanita Thailand Rebah, Meninggal Dunia Semasa Buat Live

Fi Mskk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak disangkal lagi, media sosial memang menjadi keutamaan semua manusia masa kini dan seiring dengan perkembangan arus semasa.


Tak dinafikan juga, aplikasi yang tengah trend sekarang seperti TikTok digunakan dengan meluas tak kira dari pelbagai lapisan umur dan tujuan sekalipun.

Namun kadang-kadang itu, platform media sosial ni juga yang jadi saksi kepada sesuatu tragedi yang berlaku.

 

Rebah masa buat live

Baru-baru ini gempar apabila sebuah tragedi berlaku kepada wanita Thailand ini di mana dia rebah ketika sedang buat live memasak.

Wanita tersebut bernama Pimporn Chandang berusia 40-an sebenarnya sangat terkenal kerana dia sering berkongsi resepi video-video makanan yang menarik.

Msk 1 Edit

Walau bagaimanapun dalam satu live streaming yang dibuat, dia dilihat sedang berinteraksi dengan penontonnya. Ketika dia dilihat sedang mengacau masakannya , tiba-tiba dia dilihat seakan kaku sebentar dan kemudiannya dia jatuh tersembam pada periuk di depannya.

Dia yang tidak sedarkan diri, langsung didatangi oleh seorang ahli keluarga yang menyedari tentang perkara itu.

Sebuah video tentang kejadian itu ada dimuat naik melalui akaun Instagram @cleopatra_x3. Siapa yang nak tengok kejadian itu, boleh tekan di sini.

 

Ada masalah jantung

Menurut ahli keluarga wanita tersebut, dia rupanya mempunyai masalah pada bahagian jantungnya yang menyebabkan dia mengalami serangan jantung sewaktu melakukan live tersebut.

Bahayanya kalau jadi macam tu, apa-apa korang jaga diri dan jangan lupa untuk rehatkan tubuh badan juga ya.

Sumber : Instagram, Stickboy

 

Baca : “Saya dpt tengok mcm nyawa dia ditarik” – Nampak Depan Mata Adik Tiba-Tiba Rebah Nak Ambil Sudu Makan Maggi

Foot Msk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.