• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

“Saya dpt tengok mcm nyawa dia ditarik” – Nampak Depan Mata Adik Tiba-Tiba Rebah Nak Ambil Sudu Makan Maggi

by Sue Idris June 9, 2020, 1:08 pm

ShareTweet
Feature2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah pemergian arwah adiknya menjadi viral di Twitter baru-baru ini dan netizen turut berasa simpati serta sebak selepas membaca perkongsian wanita ini.

Lebih menyedihkan, adiknya itu turut memberikan ‘hint’ kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 Jun lepas. Menurut Asilah Amanina, adik bongsunya Aqil Ahda berusia 19 tahun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah malam.


Aqil Ahda Dalam Ingatan ❤️

Aqil Ahda. Dia belajar biasa sahaja kerana sekolah pun dari sekolah yang biasa. Bukan seorang yang kaya harta dunia. Duit pun takde. Lepas habis SPM, duduk dengan nenek, teman dan jaga nenek. Kerja tiada sambung belajar pun tidak. pic.twitter.com/pMnUDX5zhH

— Faleeyana (@faleeyanaff) June 4, 2020

 

Tiba-tiba rebah dekat dapur

Menerusi mStar, Asilah menceritakan kejadian bagaimana adiknya tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berada di rumah nenek mereka dekat Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang.

“Masa tu saya dengan ayah nak pergi dapur, nenek pun ikut sekali. Saya buatkan maggi untuk dia dan letak atas meja. Dia elok je masa tu tengah main rambut sambil nyanyi. Lepas tu dia pergi basuh tangan.”

Masa nak pergi ambil sudu, dia slow slow rebah ibarat macam ada orang papah dia. Saya dapat tengok macam nyawanya ditarik.”

Aqil4

Asilah kemudian terus segera bawa adiknya ke Hospital Temerloh bersama ayah serta seorang saudara mereka. Katanya lagi, ketika di riba dia dapat rasakan muka dan tangan adiknya itu sejuk.

“Sebenarnya masa kat dapur tu saya dah rasa dia dah putus nyawa tapi kami nak juga bawa ke hospital sebab nak dengar juga keputusan doktor. Saya nak sedapkan hati ayah yang tengah drive. Saya cakap masih ada nadi lagi. Sampai hospital doktor terus buat CPR depan kami.”

“Bila tekan dada guna tangan tak boleh barulah doktor bawa masuk bilik buat CPR guna mesin tapi tak boleh juga. Masa tu saya dah redha, saya dapat rasakan dia dah pergi.”

 

Mengadu sakit perut

Buat masa ini, punca kematian adiknya masih belum diketahui dan menurut doktor keputusan itu akan keluar dalam dua minggu lagi.

“Dua tiga hari sebelum (meninggal) dia ada cakap sakit perut. Cuma hari kejadian tu dia tak ada pula cakap sakit perut ke apa. Empat hari terakhir Ramadan tu memang dia tak puasa sebab muntah, tak boleh nak makan dan sakit perut.”

“Kami bawa dia pergi klinik sehari sebelum raya cuma masa tu silap kami tak buat scan. Tapi doktor check beriya masa tu cakap tak ada apa-apa.”

Aqil3

 

Ada bagi ‘hint’

“Sehari sebelum tu dia ada call saya pukul 5 pagi beritahu nak minta bawakkan maggi yang saya pernah masak dulu. Dia kata teringin nak makan, jadi saya belilah.”

Lepas dia mandi, dia sempat bergurau dengan ayah. Tak lama lepas tu dia cakap ‘jomlah angah, ayah kita pergi dapur makan. Aqil nak mati dah ni’. Tak lama lepas tu dia rebah. Benda tu berlaku terlalu cepat. Dia tak sempat pun nak makan maggi yang saya masak tu. Rasa terkilan sangat-sangat.”

Aqil2

Baca perkongsian penuh Asilah di sini.

Al Fatihah, takziah buat keluarga…

Baca: “Kehilangan paling sakit” – Isteri & Anak Dalam Kandungan Meninggal, Kisah Lelaki Ini Buat Ramai Menangis

Feature 4 11

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Uncle Anwar

    “Uncle Anwar datanglah…” – Murid Jemput Hadir Ke Hari Usahawan Cilik, Komen Balas PMX Curi Perhatian Ramai

  • Syaz Ft 2026 08 21T173916.996

    “Walid sempat usap kepala saya…” – Anak Kongsi Momen Terakhir Dengan Bapa Sebelum Kemalangan M*ut

  • Ft Bakar Rumah Jiran

    Tak Tahan Jiran Memekak Dengar Radio Kuat, Warga Emas 77 Tahun Di Pahang Bakar Rumah

  • Syaz Ft 29

    “Patut kayuh ramai-ramai” – Luahan Sayu Isteri Penunggang Basikal M*ut Dirempuh Kereta

  • Nahas Lori Imigresen Mangsa Terselamat

    “Kenapa suami tak datang melawat” – Mangsa Selamat Nahas Lori Imigresen Tercari-cari Suami & Anak

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Editors Images 1735786396683 1735786396683

    Merdeka Bersama Rapid KL: Perkhidmatan Rel Dan Bas Terpilih Beroperasi 24 Jam Pada 30 & 31 Ogos 2026

  • Collage 11

    Santun Kasih Perkasa Pemandiri, Perkukuh Komuniti Tangani Keganasan

  • Collage 14

    HASiL Perkukuh Tadbir Urus Dan Pematuhan Percukaian Institusi, Organisasi Dan Tabung Melalui Libat Urus Nasional

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Ibu Syed Saddiq

    “Mula-mula saya tak percaya” – Ibu Syed Saddiq Akui Susah Nak Terima Bella Astillah Pada Mulanya Sebab..

  • Ft Aliff Aziz Fiza Thomas

    “Memang dia ada kisah silam, tapi janganlah hukum..” – Fiza Thomas Mohon Beri Peluang Kepada Aliff Aziz

  • Eyra Hazali Anak Bunian

    “Ibu bapa saya kecil hati” – Terima Pelbagai Tuduhan Gara-gara Cerita Anak Bunian, Eyra Hazali Bersuara

  • Noorkhiriah Menghilang

    “Kita doakan sahaja untuk dia” – Ieda Moin Jawab Dakwaan Noorkhiriah ‘Menghilang’

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube