in

Nama Zayn Rayyan Dipinda Selepas Dapat Pengesahan JPN, Tukar Kepada Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan

Tukar Nama Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak pembelaan hari ini memohon kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk meminda nama kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dalam kertas pertuduhan.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, 29, memaklumkan kepada Hakim Dr Syahliza Warnoh bahawa nama kanak-kanak itu dipinda daripada Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.


Merujuk kepada pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya pada tarikh lalu (13 Jun), nama kanak-kanak seperti yang dicatatkan adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun pihak kami sudah menerima dokumen cabutan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor melalui Ismanira yang membetulkan maklumat dalam daftar kelahiran Zayn Rayyan.

“Pada 4 Julai lalu, pembetulan maklumat nama Zayn Rayyan sudah dibuat dan ditukar kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan. Saya ingin merekodkan kami ingin membuat permohonan untuk meminda nama Zayn Rayyan dalam pertuduhan,” katanya.

Fahmi juga mengemukakan salinan sijil kelahiran baharu kepada mahkamah pada prosiding sebutan kes pertama hari ini.

Mendengar permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar mengesahkan pihak pendakwaan baru menerima sijil kelahiran baharu itu pagi ini.

Memandangkan dokumen ini baru diserahkan pada pagi ini, pendakwaan memohon untuk memaklumkan kepada pihak-pihak sekiranya terdapat pindaan pada pertuduhan pada tarikh akan datang,” katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Dr Syahliza kemudian mengarahkan pendakwaan mengesahkan terlebih dahulu dengan JPN dan perkara itu akan diteliti dalam sebutan kes akan datang.

Artikel berkaitan: “Tugas saya hanya sampai di sini” – Peguam Mahmud Jumaat Sahkan Tidak Wakili Ibu Zayn Rayyan Lagi

Artikel berkaitan: Selepas Dibawa Ke Hospital Oleh JKM, Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama 2 Bulan

Fahmi Abd Moin ganti Mahmud wakili Ismanira 

Dalam pada itu, mahkamah juga diberitahu peguam Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili Ismanira sebaliknya diganti Fahmi.

Fahmi juga memaklumkan Ismanira menghantar surat penamatan perkhidmatan guaman yang mewakilinya.

Saya difahamkan Ismanira menghantar surat berhubung penamatan perkhidmatan itu kepada Tetuan Emir Mahmud & Co pada 18 Jun lalu,” katanya.

61718358592 Fahmiabdmoin

Ia juga disahkan oleh Peguam Hadzwan Ayob daripada Tetuan Emir Mahmud & Co.

Dalam prosiding hari ini juga, kedua-dua tertuduh dilihat tenang serta hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir di dalam prosiding itu, peguam pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia iaitu Vivek Sukumaran dan Jason Wee.

Semoga keadilan dapat ditegakkan buat adik Zayn Rayyan. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.