in

“Nak untung la tu” – [Video] ‘Auntie’ Ni Buat Gila, Cuba Sumbat 10 Pelajar Dalam Kereta Alza!

Alza Sumbat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya bagi pelajar yang tak naik bas sekolah ataupun diambil ibu bapa mereka, mereka akan naik perkhidmatan kereta persendirian yang akan uruskan pelajar-pelajar ni pergi dan pulang dari sekolah.


Perkhidmatan ni bukan benda baru tapi sejak 90-an lagi orang dah buat. Tapi yang tak bestnya bila tular satu video di Facebook yang menunjukkan pemandu kereta persendirian ni sumbat lebih 10 pelajar masuk dalam sebuah kereta Alza! Uish gila ke apa? 

 

“Pemandu bodoh, gila!” 

Menerusi video tersebut, korang boleh lihat auntie yang kemungkinan besar pemandu kereta Alza terbabit tengah berusaha untuk masukkan ke semua pelajar dalam keretanya tu. 

Paling gila, dia siap bukak bahagian but kereta sebab nak ‘sumbatkan’ murid-murid yang lebih kecil saiznya bersama beg-beg budak tersebut. Admin tengok pun pening. Yang paling kesian budak tu terpaksa berdiri dalam keadaan membongkok dalam kereta tu.

OMG!!!

OMG!!! ?‍♂️?‍♂️?‍♂️Moron driver..脑残的司机… #PDRM #JPJ

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Tuesday, October 22, 2019

 

“Mana mak bapak dorang? Takkan nak biarkan anak bersardin dalam tuh” 

Video yang telah mendapat lebih 500 shares ni dikritik netizen terutama ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan murid-murid dalam kereta tersebut.

Kalau berlaku kemalangan macam mana? Haih tak pasal-pasal budak yang tak bersalah ni jadi mangsa pulak.

Cian
sumber: facebook

 

“Kesian budak-budak, nasib anak-anak terpaksa ikut ibu bapa” 

Gila 1
sumber: facebook

Apa-apapun dalam hal ini min rasa ibu bapa kenalah pantau kereta persendirian yang mereka hire tu untuk elakkan perkara yang tak elok macam ni berlaku. Yang jadi mangsanya nanti anak kita jugak! 

Baca: “Bagus pakcik, saya sokong!” – Bapa ‘Hantar’ Anak Ke Balai Polis Lepas Tengok Video Buli Pelajar Sekolah

Tatu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.