Baru-baru ini, warga Kabupaten Malang di Jawa Tengah, Indonesia telah digemparkan dengan berita penangkapan seorang bapa yang sanggup merogol darah dagingnya sendiri.
Menurut Tribun, bapa ini merogol anaknya pada tahun 2017 namun perbuatannya ini hanya terbongkar pada bulan Oktober lalu.
Dikatakan, bapa ini tertarik dengan anaknya selepas selalu intai anaknya mandi di sungai berhampiran rumah mereka.

Untuk pengetahuan korang, rumah keluarga ni tak ada bilik mandi. Ia hanya ada satu bilik tidur dan satu ruang tamu jadi, mangsa yang berusia 16 tahun ini hanya tidur di ruang tamu.
Nak dijadikan cerita, satu hari ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu, nafsu bapa ini memuncak dan mula meraba anaknya.
Pihak polis mengatakan, walaupun pada awalnya tertuduh hanya meraba bahagian kemaluan mangsa, dia kemudiannya memaksa anak perempuannya ini untuk melakukan hubungan intim.
Mangsa yang tahu bapanya ini seorang yang mudah naik angin terpaksa membiarkan dirinya diperkosa.

Selepas dua tahun barulah mangsa mempunyai keberanian untuk menceritakan tentang kelakuan bapanya kepada ibu sebelum laporan polis dibuat.
Ketika disoal siasat, tertuduh mengatakan tujuannya melakukan perkara itu hanya nak tengok daya rangsang anaknya. Whattt?
Saya melakukan itu karena hanya ingin melihat daya rangsang anak saya.”
Tertuduh kini sedang dalam tahanan dan siasatan masih dijalankan.
Apa jenis bapak ni?

