in

Nak Sijil Vaksin Punya Pasal, Lelaki Antivaksin Kantoi Guna Tangan Palsu Ketika Suntikan

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, hanya mereka yang telah divaksin dan memiliki sijil digital vaksinasi sahaja diberi kelonggaran untuk makan di restoran dan melakukan perkara lain.


Disebabkan itu, kita dapat lihat beberapa kejadian di mana golongan antivaksin menipu sijil vaksinasi mereka untuk mendapatkan layanan yang sama.

Siapa sangka, kejadian yang lebih kurang serupa turut berlaku di Rome, Itali melibatkan golongan antivaksin di sana.

Guna tangan palsu ketika disuntik vaksin

Seorang lelaki berusia 50 tahun ditangkap selepas menggunakan tangan palsu silikon untuk mendapatkan suntikan vaksin. Difahamkan, cubaan menipu ini bertujuan untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa mengambil suntikan vaksin.

2 3

Kejadian ini disedari oleh seorang jururawat, Filippa Bua, ketika dia sedang memberi suntikan kepada orang awam dan mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada warna kulit lelaki tersebut.

“Warna kulit dia kelihatan lain, lebih cerah berbanding dengan tangan atau muka pesakit”, jelas jururawat itu.

Ingatkan silap bagi tangan palsu kerana OKU

Pada mulanya, Bua menyangka lelaki tersebut merupakan orang kurang upaya dan menggunakan tangan palsu. Namun selepas disoal siasat, lelaki tersebut akhirnya mengaku dia hanya mahukan sijil vaksinasi tanpa disuntik.

“Pada mulanya saya terkejut, kemudian saya berasa marah dan seperti dicabar. Dia tidak menunjukkan hormat kepada profesion kami”, sambung Bua.

Kerajaan wilayah Piedmont mengecam tindakan lelaki berusia 50 tahun itu yang cuba untuk menipu sistem kesihatan. Namun begitu, tiada laporan lanjut berkenaan tindakan yang dikenakan ke atas lelaki antivaksin tersebut.

 

Sumber: CNN

BACA: KJ Beri Bayangan Untuk Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi

Capture 2

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.