in

“Nak rasa penampar dengan chopping board?” – Fazley ‘Sound’ Netizen Mulut Celupar Tegur Dirinya Dah Berisi

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah diumumkan bahawa body shaming adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa di mahkamah, ramai juga yang tak makan saman dan selamba kutuk fizikal seseorang lagi-lagi di media sosial.

Macam baru-baru ini menerusi Instagram, Dato’ Fazley Yaakob telah kongsikan tangkap layar seorang individu yang menegur fizikalnya yang dikatakan semakin berisi.


Ekoran daripada ini, Fazley telah memarahi individu tersebut serta turut memberikan pendapatnya mengenai perangai segelintir orang yang suka memberikan komen tentang rupa paras seseorang.

https://www.instagram.com/p/Cd_GbdIP6ad/?hl=en

Pernah kena penampar tak dengan chopping board?”

Menurut tukang masak ini, kalau nampak ada “kekurangan” dalam diri seseorang tak perlu nak tegur dan hentikan perangai seperti ini.

Tak payahlah tegur kalau peha orang tu besar, tak payah tegur kalau pipi dia tembam, tak payah tegur kalau dada dia tak montok, tak payah tegur kalau lengan dia mengelebeh, tak payah tegur kalau rambut dia nipis, tak payah tegur kalau punggung dia tak ada isi, tak payah tegur kalau muka dia berjerawat, tak payah tegur kalau ketiak dia hitam, tak payah tegur kalau kuku dia tak cantik, tak payah tegur kalau dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, tak payah tegur kalau hidung dia kembang – JUST STOP IT!”

“Serious geli tengok kau senyum”

Bagaimanapun, teguran Fazley ini nampaknya turut meninggalkan rasa kurang senang di kalangan netizen di Facebook. Rata-rata netizen mengatakan bahawa penyanyi ini cepat koyak kerana teguran yang diterimanya bukanlah teruk sangat. Eh macam tu pulak?

Screenshot 2022 06 03 at 2.42.27 PM down

Betullah jugak apa yang Fazley cakap tu, takkan kita boleh senang-senang je nak mengata orang kan?

 

Baca: Fazley Yaakob Muat Naik Gambar ‘Berjambang & Bertindik&’, Ramai Kata Dah Macam Zayn Malik!

collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.