Kalau korang membesar dengan lagu “Asmara Ini” dari Datuk Fazley Yaakob, mesti korang perasan yang wajah penyanyi ini macam tak dimamah usia walaupun kini dah berusia 43 tahun.
Sering tampil dengan penampilan bergaya dan kemas, baru-baru ini Fazley ada memuat naik gambarnya di Instagram menunjukkan wajahnya yang berjambang dan bertindik menggunakan filter.
Pemberitahuan, ini hanya percubaan pengunaan aplikasi.. muka saya susah tumbuh janggut dan saya tak tindik hidung ok?!”
Menurut kapsyennya, Fazley mengatakan yang dia sering ditanya kenapa tak menyimpan jambang tebal. Menjawab persoalan tersebut, cef selebriti ini mengatakan walaupun dia berketurunan Jawa, Minang dan Pakistan, dia tak boleh nak tumbuh jambang di tempat lain melainkan janggut sedikit di bawah dagu.
https://www.instagram.com/p/CZVcMopvSZY/
Hahaha anyways, pagi2 ni dah ada followers tanya, kenapa saya tak pernah simpan jambang tebal. Jawapannya, sebab memang jambang tak tumbuh tempat lain melainkan janggut sejemput bawah dagu tu! Nak buek camno?
“Walaupun saya berketurunan, Jawa + Minang + Pakistan, bulu2 di wajah macam tak cukup DNA ayah saya yang sememangnya boleh berjambang penuh.”
https://www.instagram.com/p/CZdMV9mvoES/
Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji wajah Fazley berjambang dan ada juga yang mengatakan wajahnya ini seiras dengan penyanyi terkenal, Zayn Malik! Wow hampir keliru.
Wow bukan kaleng-kaleng, ada jambang terus nampak wajah international, ni kalau pergi luar negara mesti ramai mintak sign sebab ingat Zayn Malik. Ghisauuu
Baca: “Shame on you” – Anggap DSV ‘Kurang Beradap’, Fazley Yaakob Hilang Rasa Hormat