in

“Nak pergi haji balik hari kot” – Individu Luah Rasa Hampa 9 Cawan Air Berharga RM81 Di ‘Food Fest’

Untitled Design 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa tahun lalu, trend festival makanan atau food festival makin banyak diadakan di negara kita ini.

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini ramai yang merasakan harga makanan di food fest sangat tidak logik sehingga boleh menjadi membebankan.


Artikel berkaitan: “Lagi mahal dari mall” –  Netizen Bengang Peniaga Cas Mahal Harga Makanan Di ‘Food Festival’

Artikel berkaitan: “Token mahal, safety takde” –  Pengunjung Cemas, ‘Roller Coaster’ Di ‘Fun Fair’ Raub Terjatuh Dari Trek

Terbaru, tular satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa orang lelaki muda yang kelihatan hampa serta berang apabila air yang dibeli mereka di sebuah food fest berharga RM 9 secawan.

Lebih menghampakan, mereka sekawan membeli sebanyak 9 cawan air bersaiz normal itu dan jumlah yang perlu mereka bayar ialah RM 81, untuk minuman sahaja.

https://www.tiktok.com/@phineashaz/video/7340339617079692551?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698

“Kalau dalam poket ada RM 100, baik duk rumah je” 

Perkongsian pengguna TikTok @phineashaz itu menarik perhatian netizen serta ramai yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika membeli makanan di food fest, menerusi kapsyen serta hashtag, food fest tersebut diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.

Cats 1

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 545K tontonan, serta lebih 1K komen.

Aduhai, korang pernah kena jugak ke camni?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.