“Nak naikkan sales punya pasal” – Peniaga Buah Tarik Perhatian Sebab Sanggup Buat Rambut Macam Nenas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalunya kita tengok macam-macam cara peniaga buat untuk tarik pelanggan, betul tak? Especially kalau jenis berniaga tepi jalan je contohnya kalau jual buah. Ada yang bagi free tester ke, ada yang offer harga promo dan macam-macamlah.

Tapi seorang peniaga dari China ni punya cara untuk tarik pembeli datang memang lain dari yang lain. Menurut WORLD OF BUZZ, Su Changfeng berniaga buah nenas sejak 6 tahun lepas dan baru-baru ni dia dapat idea untuk naikkan sales gerai dia.

Su telah membuat keputusan untuk ukir dan warna rambut dia macam buah nenas! Yes, memang nampak sebiji macam buah tu! Disebabkan cara yang kreatif dan unik tu, gerai nenas Su di Nanning, Guangxi Zhuang mula mendapat perhatian ramai pelanggan sejak dia tukar style rambut pada Mei lepas.

Sumber: WOB

Dalam gambar yang viral di media sosial baru-baru ni, korang memang boleh nampak rambut dia memang macam bentuk buah nenas, siap ada daun hijau dekat atas! Sejak tu dia dah jadi popular dan orang ramai dekat kawasan tu gelar dia “Abang Nenas”.

Sumber: WOB

Kata Su, sebelum dia buat style rambut macam tu dia cuma dapat jual 454kg nenas sehari. Biasanya, berat normal untuk sebiji nenas adalah 2kg, kiranya dia jual dalam 230 biji nenas sehari.

Sekarang, lepas dah tukar trend rambut macam buah nenas tu, dia dapat jual lebih kurang 590kg buah dalam sehari, lebih 70 biji daripada sebelum ni!

Sumber: WOB

Korang pernah tak jumpa orang jual buah buat rambut macam ni dekat Malaysia?

Baca: “Admin ni masuk air lah” – Iklan Kreatif Jawatan Kosong Di Econsave Buat Netizen Pecah Perut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!