in

“Nak menggatal pun takyah la dalam tu” – Pilot Kena ‘Banned’ Seumur Hidup Sebab Ajak Awek Cun ‘Ngeteh’ Dalam Kokpit

Pilot Awek Ngeteh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua tahu, penumpang pesawat tidak dibenarkan masuk ke dalam kokpit. Tapi seorang wanita dari China baru-baru ini mendapat perhatian ramai di Internet sebab berada di dalam kokpit sebuah pesawat.


Menurut WOB, wanita tersebut ada upload gambar dia dekat media sosial China ketika berada di dalam kokpit tersebut. Gambar tu menjadi viral sebab salah seorang individu yang bekerja dalam industri penerbangan screenshot dan condemn apa yang berlaku.

Kokpit Manajemen Pesawat 419162
gambar hiasan

Dalam gambar tu boleh nampak wanita tersebut tengah duduk di dalam kokpit sambil buat ‘peace’ dan depan dia ada meja dengan set teh Cina yang lengkap.

Masa dia upload dekat media sosial tu, katanya,

Saya sangat berterima kasih dekat juruterbang. Saya sangat teruja!”

Pilot1
sumber: wob

Wanita itu rupanya merupakan pelajar tahun 3 Universiti Pelancongan Guilin dan mahu menjadi kru kabin selepas tamat pengajiannya.

Selepas siasatan dilakukan, terbongkar bahawa gambar tersebut diambil ketika penerbangan komersial dari Guilin ke Yangzhou pada awal tahun ini.

Syarikat penerbangan Air Guilin telah mengeluarkan kenyataan pada 4 November 2019 mengatakan juruterbang itu sekarang dah kena ban daripada membawa kapal terbang seumur hidup! Bukan tu je, kesemua kru kabin ketika penerbangan tu pula kena gantung kerja sehingga notis yang akan diberitahu.

Pilot3
gambar hiasan

Air Guilin sentiasa mementingkan keselamatan penumpang dan kami tidak akan toleransi dengan sebarang tindakan tidak wajar dan tidak profesional yang mungkin menjejaskan keselamatan penerbangan.”

Tak pasal pasal dah tak boleh jadi pilot kena cari pekerjaan lain pulak!

Baca: “Macam mana dia boleh masuk?”- Pesawat Popular ‘Kecoh’ Lepas Seorang ‘Peminta Sedekah’ Ganggu Penumpang

Featured 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.