Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan seorang peniaga terkenal dari Cameron Highlands yang menjadi tular selepas didakwa menggunakan kata-kata kesat dan menghina netizen dalam satu sesi siaran langsung (live) serta di platform Threads.
Melalui potongan video live yang tersebar, peniaga wanita tersebut dilihat sedang sibuk menguruskan perniagaan bakerinya sambil berinteraksi dengan penonton. Dalam sesi tersebut, dia sempat meluahkan pandangannya tentang realiti berdepan dengan netizen di alam maya.
Menurutnya, sesiapa sahaja yang mahu terlibat dengan media sosial perlu mempunyai mentaliti yang kental untuk berdepan dengan ragam netizen.
Artikel berkaitan: Viral Masjid At-Taqwa Didakwa Diboikot, Pihak Masjid Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Artikel berkaitan: Niat Ziarah Kematian Berakhir Tragedi: Bapa Maut, 5 Ahli Keluarga Cedera SUV Jatuh Gaung Di Cameron Highlands

Video penuh klik di sini.
Bagaimanapun, situasi menjadi agak tegang apabila dia menyentuh kecaman yang diterimanya mengenai caranya berkomunikasi sebagai seorang pemilik perniagaan. Dia mempersoalkan tindakan netizen yang gemar melabelnya sebagai “mangsa” sedangkan pada dakwaannya, netizen yang terlebih dahulu memulakan provokasi.
Kantoi ‘Sembur’ Netizen Di Threads
Walaupun peniaga tersebut menyatakan dia seorang yang terbuka menerima carutan, bukti tangkap layar (screenshot) daripada akaun Threads miliknya mempamerkan situasi yang agak berbeza.


Beberapa maklum balas yang ditinggalkan olehnya kepada pengguna lain kelihatan agak agresif dan menggunakan bahasa yang kurang sopan, termasuklah melabel individu lain dengan perkataan b*doh dan maki hamun yang lain.
Sumber: Threads
