in

“Nak kencing pun kantoi”- CEO Syarikat Emas ‘Main Wayang’ Kata Disamun RM1 Juta, Sekali Kantoi Busuk!

Featured 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak mahu kaya dalam masa yang singkat? Setiap orang kalau boleh nak hidup selesa dan menikmati kesenangan tanpa perlu bersusah payah.


Namun kadang kala mungkin ‘cara’ yang dilakukan itu salah dan tidak kena pada tempatnya.

 

CEO Syarikat Emas berpakat dengan pemandu, buat laporan palsu ‘konon’ disamun RM 1 Juta

Seperti kejadian yang berlaku di Pulau Pinang apa bila seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat emas tergamak membuat laporan palsu dengan pemandunya, mengatakan mereka disamun melibatkan kerugian lebih RM1 Juta, lapor Sinar Harian.

Jumlah itu masing-masing bagi barang kemas seberat 2864.99 gram bernilai RM601,647.90 dan wang tunai kira-kira RM418,000″Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid

Pg150317Rm011.Jpg.transformed 1
Ketua polis daerah seberang perai tengah (spt) asisten komisioner, nik ros azhan nik abdul hamid / sumber: berita harian

Bagaimanapun tindakan mereka itu seolah memakan diri apabila kedua-dua mereka ditahan selepas polis mendapati laporan mereka disamun oleh seorang lelaki menunggang motosikal di stesen minyak di Bandar Perda, Bukit Mertajam didapati palsu.

Nak tau kenapa? Korang baca laporan dorang ni…

1. Suspek berusia 26 tahun kata dia dengan pemandunya berusia 30 tahun keluar dari kedai emas dengan Mercedez Benz kira-kira pukul 3.50 petang Sabtu.

“Waktu keluar ni dorang bawa beg galas berisi wang tunai kira-kira RM418,000 dan barang kemas seberat 2864.99 gram bernilai RM601,647.90”

2. Kemudian singgah stesen minyak sebab nak beli minuman.

3. Pemandu keluar beli minuman, suspek tunggu dalam kereta.

“Waktu ni suspek dengar bunyi kat pintu belakang kereta dibuka dan nampak seorang lelaki pakai penutup muka, ambil dan bawa lari beg galas dengan motosikal”

So, lepas tu polis buat siasatan sebelum mendapati yang kenyataan tersebut meragukan dan seterusnya menahan mereka untuk siasatan lanjut.

2F7B408Ce0C5861E0430509551Edc622
Gambar hiasan

Paling best, bukan sahaja suspek buat laporan palsu malah suspek juga dikatakan berpakat dengan pemandu dan dua lagi rakan yang bertindak sebagai penasihat dan penyamun.

Alasannya, sebab nak buat tuntutan insurans!

 

Siap buat ‘lakonan’ disamun kat stesen minyak!

Plan dorang tak terhenti setakat itu, malah siap ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kat stesen minyak yang menunjukkan berlaku kejadian samun tersebut.

Tapi lepas polis siasat, rupanya ia adalah LAKONAN supaya kejadian tu dirakam cctv kat stesen minyak tersebut selain nak meyakinkan polis.

“Beg yang kononnya mengandungi pelbagai barangan kemas seberat 2.86 kilogram serta wang tunai itu sebenarnya berisi batu.

“Beg itu dibuang dalam longkang di kawasan berhampiran oleh lelaki yang berlakon sebagai penyamun.”

So susulan itu polis turut menahan dua lelaki berusia 23 dan 51 tahun kerana bersubahat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan polis palsu, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 

Hah tak pasal-pasal kan dan kena!

Baca : “Malam tadi bersembang elok je”  Jatuh Dari Tingkat 13 Kuanters Kerajaan Putrajaya, Warga Emas Maut

Warga Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.