in

“Malam tadi bersembang elok je” – Jatuh Dari Tingkat 13 Kuanters Kerajaan Putrajaya, Warga Emas Maut

Unknown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal maut di tangan tuhan.


Itulah yang terjadi kepada seorang warga emas yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 rumahnya di kuarters kerajaan Presint 11, Putrajaya, awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa yang berusia 68 tahun itu ditemui pengawal keselamatan ketika membuat rondaan 5.45 pagi tadi dalam keadaan tertiarap.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, mangsa tinggal berdua dengan anak lelakinya yang berusia 41 tahun yang bertugas sebagai pembantu tadbir di sebuah kementerian.

“Lelaki itu memberitahu kali terakhir dia berbual dengan ibunya jam 8.30 malam tadi dan mangsa dikatakan dalam keadaan baik, tiada menghidap sebarang penyakit mental serta tidak mempunyai hutang atau masalah dengan mana-mana orang.

“Hubungan mangsa dan anaknya sangat rapat memandangkan lelaki terbabit anak tunggalnya serta bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah kementerian. Wanita itu tinggal berdua dengan anaknya,” memetik Harian Metro.

Lebih mengejutkan anak mangsa cuma menyedari ibunya tidak menyedari ibunya tiada di dalam rumah selepas jirannya datang.

“Selepas memastikan ibunya tiada di rumah, anak mangsa pergi ke tingkat bawah dan membuat pengecaman,” katanya.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat mangsa.

Baca: Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

Screen Shot 2019 12 22 At 2.30.11 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.