in

“Nak jaga emosi anak, jadi saya keluar rumah” – Nubhan Buka Mulut Isu Ada Rumah Lain Yang Tidak Diketahui Isteri

ft nubhan isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Nubhan tampil memperjelaskan dakwaan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor selepas dibangkitkan oleh isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek baru-baru ini.

Kata pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 39 itu, kediaman tersebut disewa sebagai langkah untuk mengasingkan diri apabila timbul masalah dalam perkahwinan mereka.


Artikel berkaitan : “Bila dia kata tidak tahu, itu tak wajar” – Nubhan Dakwa Isteri Tahu Punca Diceraikan, Sudah 10 Tahun Bertahan

Artikel berkaitan : Isteri Tidak Tahu Nubhan Ada Beli Rumah Di Dengkil, Kes Cerai Tangguh 2 Disember

 

Nak elak bertengkar depan anak

Screenshot 2025 10 24 111121

Jelasnya, keputusan tinggal berasingan dibuat sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan pertengkaran antara mereka berdua diketahui anak.

“Rumah itu saya tak beli tetapi sewa, disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri. Saya tak mahu apabila kami bergaduh, ia dilihat oleh anak-anak.”

“Saya juga tak sanggup melihat mereka bersedih kerana boleh tinggalkan perkara buruk dalam ingatan. Saya nak jaga emosi anak-anak dengan baik.”

“Jadi saya keluar dari rumah supaya keadaan dapat dikawal. Saya tak mahu anak-anak rasa tertekan.”

Screenshot 2025 10 24 111053

Sebelum ini isterinya, Dr Afifah menjelaskan yang dirinya tidak mengetahui tentang kewujudan rumah tersebut kerana sangkakan ia merupakan rumah milik sepupu suaminya.

Dr Afifah turut mengesahkan yang dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman itu sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Di samping itu, Nubhan menyedari bahawa isu rumah tangganya menjadi bualan ramai dan tidak dinafikan dia berdepan dengan kecaman sesetengah pihak yang sukar memahami situasi mereka.

“Mereka tidak tahu apa yang berlaku kerana bukannya tinggal sebumbung. Apa sahaja kecaman yang dilemparkan saya telah maafkan. Saya tidak pernah simpan rasa marah kerana tahu media sosial tak boleh dikawal.”

“Tetapi untuk ceritakan apa sebenarnya berlaku. Biarlah saya dan dia sahaja tahu.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.