in

“Member kena fitnah” – Rakan Artis Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Aliff Aziz Di Kelab Malam

Ft Aliff Aziz Kelab Malam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak betul cerita-cerita sensasi pasal artis kita sejak kebelakangan ya? Ada yang kahwin baru, ada yang macam dah berdamai dan artis baru kahwin. Selain itu, wujud pula kes artis yang dikatakan ‘buat hal’?


Baru-baru ini tular video seorang lelaki yang dikatakan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang dikatakan sedang berhibur di kelab malam, bahkan ada juga menunjukkan videonya bersama wanita lain.

Disebabkan video itu, Aliff Aziz yang kini sedang sibuk melakukan penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah telah menerima pelbagai kritikan netizen, ada yang cuba mempersoal dan mempertikaikan dirinya yang sebelum ini rajin melibatkan diri dalam aktiviti agama.

 

Tak pasal-pasal member kena fitnah – Shahidan Izwan

Disebabkan itu, salah seorang barisan pelakon yang turut membintangi drama tersebut, Shahidan Izwan tampil memceritakan perkara sebenar, dia memuat naik beberapa video menerusi IG Story miliknya menunjukkan dirinya bersama Aliff dengan mengatakan bahawa dakwaan pelakon tersebut berfoya-foya di kelab malam itu hanyalah fitnah.

Dalam pada itu, Shahidan juga ada menunjukkan rakaman jurukamera mengendalikan tugasnya untuk membuat penggambaran itu. Ia sekaligus telah menjawab respon yang tujuan mereka ke tempat tersebut adalah atas dasar kerja.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan bahawa ada seorang individu ternampak kelibat seorang lelaki seakan Aliff Aziz berada di kelab malam di ibu negara sekitar pukul 5 pagi.

Baca : Sering Jadi Imam Solat Berjemaah di Belakang Tabir, Netizen Terharu Lihat Perubahan Aliff Aziz

Aliff Aziz Imamkan Solat Jemaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.