Jika ada bakat, lebih baik serlahkan dan itu lah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini yang betul-betul menggunakan bakat yang ada.
Jahit 30 pasang baju untuk isteri
Baru-baru ini seorang pemuda dikenali sebagai Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan sanggup untuk menghasilkan 30 pasang baju raya untuk isterinya gayakan sepanjang Aidilfitri ini.
Menurut Harian Metro, isterinya Fatin Syazwani tidak pernah meminta perkara tersebut sebaliknya suaminya yang ingin lakukan. Hal ini kerana dia ingin menghargai dan menggembirakan hati isterinya tercinta itu.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit,
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu,
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya” katanya.
https://www.tiktok.com/@prince.syed.shahid/video/6959854607543618817?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6959992517253188866&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Mula 6 bulan lebih awal
Lelaki berusia 29 tahun itu menyatakan bahawa dia mengambil masa enam bulan lebih awal bagi melakukan persiapan seperti membeli kain. Tambahan pula, segala proses menghasilkan baju berkenaan dilakukan sendiri dan tidak dibantu oleh orang lain.
Selain itu, Syed juga menyifatkan bahawa tindakannya itu bukannya untuk membazir tapi bagi jadi kenangan untuk isteri sekiranya dia telah tiada nanti.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,”
Beberapa buah video dimuat naik ke akaun TikTok @prince.syed.syahid dan sehingga kini meraih lebih dari 80k views.
https://www.tiktok.com/@prince.syed.shahid/video/6959992517253188866?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6959992517253188866&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kalau dah sayang, mesti sanggup je untuk isteri tercinta kan?