in

“Kaki terus dia kasi” – [VIDEO] Isteri Pancit Tarik Highnote, Hafiz Mahamad Geram Sampai ‘Ternaik Kaki’

Fi Hafiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dinafikan, antara perkara yang paling seronok bila sudah berumah tangga adalah dapat bergurau dengan pasangan sendiri dan kadang-kadang tu boleh sampai berair air mata.


Ternyata itu adalah antara cara boleh membuatkan sesebuah hubungan semakin kukuh dan cinta makin mekar. Wahh tiberr.

 

Konon try Jemimah Challenge

Mesti ramai kenal dengan influencer Hafiz Mahamad yang sering berkongsikan tentang aktiviti hariannya bersama keluarga di media sosial.

Terbaru, usahawan itu menarik perhatian ramai apabila gelagat dia dan isteri membuatkan siapa yang melihat akan ketawa dan ‘jeles’ dengan mereka.

Kisahnya apabila Hafiz yang dilihat sedang duduk santai sambil isterinya Aina, ketika itu sedang menyanyi lagu Cinta Dalam Hati nyanyian asal kumpulan Ungu tapi dalam version Jemimah Challenge.

Pada mulanya nampak okay saja tapi bila sampai highnote tu, Aina terus pancit tapi dia tidak mengalah dan terus menyanyi sampai menjerit pada part tinggi lagu itu.

Geram dengan perkara itu Hafiz pun menepuk manja dahi Aina sampai terangkat kaki seolah nak menendang isterinya itu.

Perkongsian itu dimuat naik di aplikasi TikTok melalui akaun @itsmealyea dan sehingga kini mencecah lebih dari 500k views.

@itsmealyea

aku taknak gelak sorang soranggg penatttt ??? #foryoupage #fyp #explore #ainaabeautyofficial

♬ original sound – Unknown girl – Unknown girl

 

“Pakai kaki? serius la”? 

Walau bagaimanapun, di ruangan komen ternyata ada netizen yang menganggap tindakan Hafiz dengan mengangkat kaki itu adalah tidak wajar. Namun ada yang menyatakan bahawa itu adalah biasa bila suami isteri bergurau.

Reak Hafiz 3 Edit

Reak Hafiz 2 Edit

Reak Hafiz 1 Edit

Jangan kritik-kritik okay, dorang bergurau je tu. Semoga hubungan mereka kekal selamanya.

 

Baca : “Niat hati saya, allah sahaja yang tahu” – Hafiz Mahamad Buka Mulut Buat Video Kawan Meninggal Dunia

Foot Hafiz

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.