in

Nak Gaji RM37K? Korang Hanya Perlu Makan 3,500 Gula-gula Sebulan!

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah syarikat gula-gula di Kanada, Candy Funhouse baru-baru ini telah memuat naik jawatan kosong yang menarik perhatian ramai.


Dalam posting yang dimuat naik di media sosial itu, syarikat tersebut mengatakan yang mereka ingin mencari “ketua pegawai gula-gula” (CCO) yang bertanggungjawab untuk makan lebih dari 113 jenis gula-gula setiap hari atau 3,500 gula-gula sebulan.

Selain dari itu, tugas CCO ini juga adalah untuk meluluskan gula-gula yang sedap untuk dijual dan membuat keputusan sama ada gula-gula tersebut recommended atau tidak.

Menariknya, jawatan ini dibuka untuk orang yang duduk di Amerika Utara dan kanak-kanak seawal usia 5 tahun pun boleh apply tau!

1659454627591

Syarikat ini juga turut menyenaraikan beberapa kriteria yang mereka cari untuk jawatan ini, dan kalau sesuai, orang bertuah ini boleh menjana pendapatan sebanyak $100,000 (RM450,000) setahun! Fuh, kalau kerja berpuluh tahun pun belum tentu boleh dapat gaji banyak ni.

Antara kriteria yang dicari adalah:

  • Bersemangat untuk mencuba pelbagai produk gula-gula
  • Mempunyai pemikiran yang kreatif
  • Mempunyai sikap pemimpin dari kecil
  • Sukakan makanan yang manis
  • Mempunyai deria rasa yang bagus
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Fasih berbahasa Inggeris
  • Tiada alahan makanan
  • Tahu cara untuk have fun

Untuk yang risau dengan keadaan gigi korang bila makan banyak sangat gula-gula ni, korang jangan risau sebab syarikat ini turut sediakan pelan penjagaan gigi yang meluas!

Setakat ini, seramai 6,500 calon telah pun memohon jawatan yang akan ditutup pada 31 Ogos nanti.

Agak-agaknya siapalah yang bertuah tu ya?

 

Baca: [VIDEO] Gara-Gara Elon Musk Puji ‘Kopiko’ Sedap, Saham Syarikat Gula-Gula Ni Terus Mencanak Naik!

Elon Musk Puji Kopiko Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.