in

[VIDEO] Gara-Gara Elon Musk Puji ‘Kopiko’ Sedap, Saham Syarikat Gula-Gula Ni Terus Mencanak Naik!

Elon Musk Puji Kopiko Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua masih ingat lagi tak Kopiko? Kalau dulu, tak kiralah golongan muda atau tua, masing-masing memang gemar dengan kemanisan gula-gula kafein ni bila masuk je dalam mulut. Sudahla murah, sedap pula tu!


Baru-baru ni, tular di media sosial apabila individu terkaya di dunia, Elon Musk menerima hadiah gula-gula yang boleh dikatakan tak lapuk dek zaman dalam kalangan masyarakat di serantau Asia.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik di laman Instagram @dagelan, dapat dilihat yang Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan memberikan satu pek Kopiko kepada Elon Musk sebaik sahaja sesi perbincangan antara mereka selesai.

Selepas itu, Luhut memperkenalkan gula-gula kopi tersebut kepada Elon Musk yang pada ketika itu tengah buka bungkusan plastik tersebut.

Pada masa yang sama, jutawan ini sempat berseloroh dengan Luhut mengenai air tangan Indonesia yang boleh dia rasa. Sebaik sahaja selesai rasa gula-gula tersebut buat pertama kalinya, Elon Musk memuji kesedapan siap ucap ‘Very Good’ sambil menunjukkan thumbs up.

Tak dapat disangka kerana impak pemilik Tesla ini, saham pemilik syarikat Kopiko iaitu Mayora Indah telah dilaporkan meningkat seketika sebaik sahaja rakaman video dan gambar Elon Musk tersebut tular di Instagram dan Twitter sejak semalam.

Dengan jumlah pengikut Elon Musk mencecah 89.5 juta, tak mustahil ia akan beri kesan besar dalam pemasaran produk meskipun dalam keadaan paling santai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ternyata menjangka saham owner Kopiko akan naik mencanak dan ramai yang bangga dengan gula-gula legend dari Indonesia ini.

“SAHAM KOPIKO??” – Komen netizen

Komen Kopi

Bukan kaleng kaleng ya Kopiko kegemaran ramai ni! Mantap!

Baca: “Jom balik MySpace” – Netizen Terkejut, Elon Musk Beli Twitter Dengan Harga AS$44 Billion

Bawah 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.