in

“Nak beri sokongan kat Najib” – Raja Bomoh

Page 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak digeledah beberapa hari yang lepas, kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sering menjadi tumpuan. Bukan sahaja wartawan dan pihak media, rumah Najib juga turut dikunjungi rakan-rakan pemimpin dari UMNO serta pelajar-pelajar tahfiz.


Menurut Harian Metro, hari ini kelibat Raja Bomoh pula dilihat di perkarangan rumah bekas Presiden UMNO yang terletak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur itu. Oleh sebab sebelum ini anak Rosmah pernah mendedahkan bahawa bomoh kerap kali datang ke rumah mereka, kunjungan Raja Bomoh kali ini membuatkan ramai tertanya-tanya. 

Rm3
sumber: malaysia gazette

Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin yang merupakan Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia. Ketika berkunjung ke rumah Najib, dia kelihatan seperti tidak membawa sebarang barangan untuk upacara ritual.

Sebaik keluar dari kenderaan, Raja Bomoh memandang ke rumah Najib dan memberitahu wartawan yang berada di situ bahawa kedatangannya hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Pengerusi Barisan Nasional itu.

“Beliau (Najib) banyak memberikan sumbangan. Jadi, saya mahu memberikan sokongan terhadapnya. Itu saja,” kata Raja Bomoh.

Rm4
sumber: malaysia gazette

Apabila ditanya sekiranya dia akan berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Raja Bomoh tidak menjawab secara terperinci tentang lawatan itu dan kembali semula ke kenderaannya. 

Sebelum ini Raja Bomoh pernah menjadi perhatian ramai kerana membawa kelapa dan buluh untuk melakukan ritual khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai satu usaha untuk mencari pesawat MH370.

Rm2
sumber: malaysia gazette

Oooh Raja Bomoh just datang nak ucap terima kasih atas sumbangan Datuk Seri Najib Razak dan bagi sokongan je kat bekas Perdana Menteri kita ni. Takkan la dia nak buat ritual pelik-pelik pulak bulan Ramadhan ni kan.

Baca: Raja Bomoh Bakal Bertanding PRU14, Baca Respon Win Netizen Ni

Undi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.