Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli yang ditahan bersama kekasihnya selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis pada Isnin lalu dipercayai mahu melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta.
Lelaki yang berusia 20-an bersama kekasihnya yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sekitar jam 3 petang selepas kereta yang dipandunya memecut laju untuk mengelak pemeriksaan selain berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, ketika insiden berlaku, suspek baru mengambil teman wanitanya dari sebuah sekolah sebelum meletakkan kereta di tepi jalan.
“Siasatan mendapati suspek mengambil pelajar itu dari sebuah sekolah di Jeli. Mereka kemudian berhenti di tepi jalan, dipercayai untuk melakukan hubungan seks dalam kereta, namun kemudian terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang melakukan rondaan.
“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Artikel berkaitan: Tular Video Tidak Senonoh Dalam Kereta, Masjid Qaryah Paroi Jaya Nafi Imam Terlibat
Artikel berkaitan: Lelaki Dirakam Berkelakuan L*cah Dalam Kereta Pada Wanita Ditahan Polis

Sebelum ini, suspek lelaki direman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan memandu secara berbahaya, manakala kekasihnya dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu, Polis Daerah Jeli menerusi laman Facebook berkongsi satu video rakaman papan pemuka MPV memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi memandu secara berbahaya selepas enggan memberi kerjasama ketika anggota polis mahu membuat pemeriksaan.
Sumber: Berita Harian
