in

“Nak aesthetic sangat” – [VIDEO] Lawak! Niat Gadis ‘Picnic’ Tepi Pantai Tak Kesampaian, Ombak ‘Sapu Habis’ Semua Barang

Ft Picnic 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend berkelah sederhana yang ala-ala aesthetic semakin diminati ramai.  Ada yang sampai membawa alas kain untuk duduk di pantai sambil menikmati pemandangan dan sedikit makanan untuk nampak perkelahan mereka tampak lagi menarik.


Hal ini sama juga dilakukan oleh tiga orang gadis ini. Dalam perkongsian @piinnuull, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya di mana dia bersama dua orang rakannya pergi berkelah disebuah pantai di Indonesia.

@piinnuull

Balas @arimbidhea Peristiwa tak terduga dan tak terlupakan…

♬ suara asli – Vina Fadila – Vina Fadila

“Nampak macam selamat”

Pada awal video, kelihatan mereka tenang berkelah di bawah batu besar sambil menikmati keindahan pantai. Malah, ketika itu, keadaan amat tenang sekali, ditemani bunyi deruan ombak yang mengasyikkan.

Namun tanpa mereka sedar, ombak dilihat tenang dari ‘jauh’ rupanya semakin mendekati mereka sebelum ‘menyapu’ habis barang-barang picnic mereka. Berterabur weh!

“Sempat makan lagi”

Kejadian yang terakam oleh kamera itu menunjukkan muka panik setiap orang daripada mereka dan beberapa barangan mereka terlihat dihanyut ombak. Tapi nasib baik ada beberapa orang pemuda yang berada disitu membantu menyelamatkan barangan tersebut.

Video yang berdurasi seminit itu telah mendapat hampir dua juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang dialami oleh tiga gadis tersebut dan ada juga kesal dengan mereka kerana tiga gadis itu lebih mementingkan makan berbanding selamatkan barang.

Komen Pantai

Menurut mereka bertiga, mereka memilih tempat itu kerana tiada sebarang larangan untuk berkelah dan suasana yang redup dan nyaman.

Tak apa kak, yang penting dapat makan.

Baca: “Geram tengok pipi dia” –  [VIDEO] Comel Budak Mintak Maksu Tahan Dagu Sebab Lenguh Tengok Kartun

Ft Budak E1632300652201

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.