in

“Geram tengok pipi dia” – [VIDEO] Comel! Budak Mintak Maksu Tahan Dagu Sebab Lenguh Tengok Kartun

Ft Budak E1632300652201

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je pasal kanak-kanak, pasti ada saja keletah mereka yang menghiburkan. Kalau korang perasan banyak je video-video ragam si kecil yang viral di Tiktok betul tak?


Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @mamy.sofea, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya yang menunjukkan keletah comel seorang kanak-kanak perempuan telah pun viral semalam.

@mamy.sofea

♬ marklee laugh – ????? ??? ?

Kanak-kanak perempuan yang lebih dikenali sebagai Sofea itu kelihatan sedang menonton kartun sambil duduk di atas peha Maksunya. Dalam masa yang sama, Maksunya juga sedang menahan dagu Sofea. Dah kenapa tu?

Menurut ayahnya, Sofea menyuruh wanita itu untuk menahan dagunya menggunakan tangan kerana dia lenguh disebabkan menonton kartun terlalu lama. Mengada-ngadanya kau dik.

Video pendek terbabit telah mendapat hampir seratus ribu jumlah tontonan di Tiktok. Meneliti di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan tertarik dengan kecomelan Sofea. Mereka juga sempat berseloroh dengan mengatakan budak comel itu membuli Maksunya.

Beberapa komen daripada netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Comel

Untuk pengetahuan korang, adik Sofea ni pernah viral di Tiktok disebabkan keletahnya yang comel itu.

Geram je min tengok pipi dia dah macam pau!

Baca: “Pacarannya sama aku nikah sama kakak” – [VIDEO] Ex Boyfriend Wanita Ini Kahwini Kakak Sendiri

Kawen E1632292885594

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.