in

“Najis tikus bertaburan” – Kilang Kotor di Pulau Pinang Diarah Tutup, Campur Bebola Ikan & Babi di Tempat Sama

Kotor

Berhati-hatilah kalau nak beli bebola ikan atau daging yang tak diketahui dari mana asalnya atau jika tidak mempunyai sijil halal.

Hal ini kerana baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah menyerbu sebuah kilang di Jalan Bertam Indah, Kepala Batas selepas mendapati kilang memproses bebola ikan dan daging tersebut kotor dan menjijikkan. 

Menurut Malaysia Gazette, apa yang ditemui di kilang tersebut sangatlah mengejutkan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan. Euwww! 

 

Campur bebola ikan dan daging babi 

Dalam Ops Tegar yang dijalankan pada jam 10 pagi tadi, kilang yang telah beroperasi selama 50 tahun itu dilaporkan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana terlalu kotor.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan telah mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama. 

148124932 1814506672060368 23617299454187989 N

148491507 1814506705393698 2728935157760923793 N

Pembungkusan bebola ikan dan daging tersebut juga mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam Bahasa Cina dan sebahagian daripadanya pula kosong tanpa label.

 

“Najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan” 

Tambahnya lagi, najis tikus kelihatan bertaburan di tempat penyimpanan dan pekerja juga tidak menjaga kebersihan dengan tidak memakai kasut ketika menyediakan makanan tersebut.

Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses.

“Selain itu, kita dapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut,”  katanya.

148229751 1814506755393693 1753129319677691432 N

Menurutnya, banyak kesalahan yang dilakukan kilang berkenaan walaupun pernah diserbu pada dua tahun lalu.

Kilang tersebut kini telah diarahkan tutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Setiap pekerja kilang juga didenda RM300 mengikut Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan.

Haih geli gelemanlah min tengok cara dia orang buat bebola daging tu. 

Baca: “Miskin takpe, jgn pengotor” – [VIDEO] Tak Boleh ‘Brain’ Tengok Betapa Kotor Flat di Pulau Pinang Ni, Ada Yang Cadang Saman Setiap Penduduk!

Flat

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook