in

Najib Kecewa Tun M Batal HSR

Najib Bloomberg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan Perdana Menteri, Tun M ingin membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) telah dapat perhatian daripada ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. Najib dikatakan agak kecewa dan meluahkan tidak puas hatinya dalam satu posting panjang lebar di Facebook peribadi.


Menurut Najib yang jugak bekas PM, pembatalan HSR perlulah dibincangkan dalam Kabinet dan bukan keputusan yang dibuat oleh seorang ahli saja (Tun M). 

51524820053 Najibrazak
sumber: astro awani

“Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan menteri pengangkutan membuat kenyataan projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet manakala menteri kewangan enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini,” kata Najib dalam catatannya.

Tun M dalam sidang media semalam berkata projek yang bernilai RM100 bilion itu takkan beri apa-apa manfaat kepada negara, namun pendapat ni tak disetujui Najib yang jugak gesa kerajaan fikir semula keputusan yang dibuat dengan kajian impak ekonomi dan penilaian alam sekitar yang dah pun dijalankan sebelum ni.

“Kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion,” kata Najib yang mendakwa kos projek itu kira-kira RM72 bilion termasuk pengambilan tanah berdasarkan unjuran Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura awal tahun ini.

Ffddfff56Bf75F509Fd8092033A1Ad09
sumber: yahoo

Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara’?” tambahnya lagi.

Najib yang bertambah tidak puas hati jugak mempersoal tentang projek-projek terdahulu yang ada kaitan dengan Tun M semasa di zaman pemerintahannya.

“Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

“Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika perdana menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja,” luah Najib.

Najib Hsr
sumber: blog

Najib yang juga bekas Presiden UMNO berkata keputusan pembatalan ni bukanlah dibuat semata-mata kerana dendam kesumat terhadap kerajaan Barisan Nasional. Ia hanya akan merugikan rakyat.

Nampaknya ex-PM kita sudah buka mulut. Apa pendapat korang mengenai komen-komen Datuk Seri Najib ni? Rasanya macam baru sekarang nak dengar DS Najib aktif suarakan pendapat kan? Baca catatan penuh bekas PM di sini

Baca: “Najib muka tembok”

Najib 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.