in

“Najib muka tembok”

N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada mengkritik kerajaan Pakatan Harapan kerana senang-senang je isytihar jumlah hutang negara kepada awam. Walaupun ada keluarkan beberapa kenyataan pasal negara, kewibawaan Najib tetap dipersoalkan rakyat.


Menurut Malaysiakini, salah seorang daripadanya adalah mantan pengarang kumpulan New Straits Times (NST), Mustapha Kamil Mohd Janor. Mustapha mempersoal tindakan Najib yang katanya bukan seseorang yang boleh dipercayai.

“Jika kami tidak percaya kamu sewaktu memerintah kerajaan, apakah yang kamu fikir boleh membuatkan kami percayakan kamu yang tidak lagi berkuasa sekarang?” kata Mustapha.

Nst
sumber: malaysiakini

Bekas Presiden UMNO itu sebelum ini turut meluahkan rasa hairan bagaimana ekonomi negara didakwa pulih dalam tempoh yang singkat selepas kononnya berada dalam keadaan krisis semasa pemerintahan sebelum ini.

“Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar konon dalam krisis dan gagal sebelum PRU14 kepada ekonomi kuat dan kukuh. Cuma dua minggu lebih saja?” kata Najib.

“Bukan sahaja ini mengelirukan, ia merupakan percubaan bermotifkan politik untuk mengaburkan fakta. Semua aset harta tanah bernilai dan strategik 1MDB telah dipindahkan ke syarikat lain yang dimiliki MOF Inc,” kata bekas Pengerusi Barisan Nasional itu lagi.

N
sumber: malaysiakini

Semalam seorang pemimpin pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin menggesa Najib supaya memohon maaf kepada rakyat kerana meninggalkan negara dengan hutang berbilion ringgit.

“Kini disiasat berhubung skandal kewangan terbesar di dunia, Najib bahkan mengaku menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi,” kata Shazni.

“Hanya orang tidak waras saja masih mempunyai muka untuk berlagak seperti tidak ada apa-apa di hadapan rakyat. Berpada-padalah (Najib) jika mahu bermuka tembok pun.”

Minggu lepas Datuk Seri Najib dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan berkenaan kes 1MDB. Semoga kenyataan yang diberikan tu dapat membantu pihak terbabit menyelesaikan kes ni cepat-cepat.

Baca: “Najib lidah bercabang”

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.