in

Najib Buat Perangai ‘Degil’, Tak Mahu Masuk Kandang Tertuduh

2298538E 077C 40F9 9C80 C7B6053Bfbc5 169

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah lama jugak kan admin tak berkongsi berita tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?


Terbaru hari ini, bekas PM tersebut dikatakan enggan memasuki kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semasa pengurusan kes 25 pertuduhan jenayah yang dihadapi berkaitan 1MDB, lapor Malaysiakini.

 

Dah diminta secara sopan untuk pindah ke kandang tertuduh tapi masih bersikap ‘degil’ 

Sebaliknya Najib telah dilihat duduk di kerusi dekat sebelah kandang tertuduh dan terus berbuat demikian walaupun dah diminta dengan sopan untuk berpindah oleh seorang anggota polis yang bertugas atas arahan pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu pemberita bahawa Najib sepatutnya masuk ke dalam kandang tersebut memandang beliau adalah si tertuduh, tapi bekas PM tersebut cuba bersikap ‘degil’ dengan mengingkari arahan. 

744D7Fa9E17B8C3Fb4719Cb96E9667Cd
sumber: mk

“Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa dia (Najib) tidak duduk dalam kandang tertuduh, ketika saya menghadap hakim, tetapi (ketua pendakwa raya) Gopal Sri Ram melihat ketika dia berpaling dan memberitahu saya mengenainya.

“Jadi saya beritahu pegawai polis yang bertugas untuk meminta kepadanya (Najib) masuk ke dalam kandang, dan saya fikir dia telah mematuhi perintah pegawai polis itu. Hanya apabila prosiding itu hampir selesai, saya perasan bahawa dia masih tidak berbuat demikian,” kata Ahmad Akram.

 

Polis boleh ambil tindakan paksa Najib masuk tapi… 

Tambah Ahmad Akram, polis sebenarnya boleh je ambil tindakan untuk paksa Najib masuk ke dalam kandang tertuduh, tapi atas budi bicara mereka memutuskan untuk tak timbulkan kekecohan kerana prosiding itu pun berlangsung dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, semasa prosiding, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan 27 November berhubung kes 1MDB yang dihadapi Najib yang akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najibafp 240518
sumber: the star

Emm yang ni admin no komen lah ye. Korang nilaikanlah sendiri.

Baca: Tak Ikut Apa Dipersetujui, Najib Jelaskan Kenapa Melenting Dengan Al-Jazeera

Najibun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.