in

Tak Ikut Apa Dipersetujui, Najib Jelaskan Kenapa Melenting Dengan Al-Jazeera

Najib Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di internet apabila Perdana Menteri keenam negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak gagal kawal perasaan dan memilih untuk menghentikan sesi temuramah dengan sebuah agensi berita antarabangsa.


Wawancara yang diadakan secara live bersama portal berita Al-Jazeera itu bukan saja buatkan rakyat Malaysia, tapi seluruh dunia terkejut.

 

Wawancara melangkaui masa dan skop dipersetujui

Dalam video berkenaan, Dato’ Seri Najib dilihat gagal kekal tenang selepas disoal oleh wartawan Mary Ann Jolley dalam program 101 East.

Walaupun begitu, beliau menegaskan wawancara berkenaan telah melangkaui masa dan skop yang dipersetujui.

Najib Jazeera
sumber: facebook

Malah katanya, keinginan Mary Ann yang mahukan jawapan berhubung kes pembunuhan Altantuya juga dipercayai berkait tugasnya sebagai wartawan untuk sebuah program berhubung kes yang sama.

Sedangkan kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding terperinci mahkamah, menurut bekas Perdana Menteri itu lagi.

Najib Jazeera 2
sumber: facebook

 

Tidak mahu kembali kepada topik asal

Beliau juga menegaskan Mary Ann tetap tidak mahu membincangkan topik asal perbincangan iaitu mengenai legasi dan ekonomi negara seperti dipersetujui.

Wartawan berkenaan sebaliknya terus-terusan mengaitkan beliau dan Jho Low walaupun telah diperjelaskan.

Najib Jazeera 3
sumber: facebook

 

Berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah

Atas faktor itu, beliau berasakan temuramah itu tak harus diteruskan bagi mengelakkan isu-isu berkenaan terus dibincangkan dan menjadi sebuah fitnah.

Najib Jazeera 4
sumber: facebook

Demikian penjelasan Najib bagi menerangkan sebab dia melenting sewaktu ditemubual oleh agensi berita Al-Jazeera.

Beliau disoal mengenai beberapa isu seperti ‘berlian merah jambu’, ‘derma RM2.6 bilion’ dan penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam interview itu.

Video penuh interview tu boleh ditonton di sini:

Baca: Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.