in

“Najib arah saya bunuh Altantuya”-Pengakuan Mengejut Azilah Dari Penjara Kajang

Afeatured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

P/s: Maaf artikel ini agak panjang dan berat, dan memerlukan pembaca fokus untuk membaca artikel ini.


 

“Saya bertanya kepada TPM (Najib) apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM (Najib) menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher,”

“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.”

 

Itu merupakan antara kenyataan yang dipetik dalam akuan berkanun (SD) yang dibuat Azilah Hadri, yang sebelum ini disabitkan bersalah membunuh wanita warganegara Mongolis, Altantuya Shaariibuu.

 

Unnamed
Sumber: blog

Azilah, banduan yang sedang menunggu hukuman gantung turut membuat dakwaan mengejut dari Penjara Kajang apabila dia mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak (ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri -TPM) dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.

Menurut Malaysiakini, Azilah juga mendakwa yang dia dan Sirul Azhar Umar hanya mengikut arahan ‘shoot to kill’ sebagai anggota pasukan Unit Tindak Khas (UTK) polis.

Segala perincian tersebut dimasukkan oleh Azilah dalam permohonan yang difailkan kepada Mahkamah Persekutuan, supaya menyemak balik keputusan bersalah dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Malah Azilah turut memohon perbicaraan semula bagi kemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka, supaya keadilan dapat ditegakkan.

Difahamkan pengurusan kes ditetapkan pada esok.

Selain itu Azilah berkata, ada keterangan yang tidak dikemukakan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi dan Rayuan sebelum ini.

Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya “tangkap dan hapuskan” Altantuya, yang menurutnya, diberitahu sebagai “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.”

Azilah juga mengatakan yang Najib turut memaklumkan kepadanya supaya “berhati-hati dengan perempuan perisik asing tersebut kerana beliau pandai berkata-kata dan penuh tipu helah — salah satunya adalah bahawa beliau sedang mengandung.”

2 7
Sumber: instagram

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa baru sekarang Azilah membuat permohonan semak semula kes kan?

Ini jawapan Azilah…

Pada awal 2018, dia telah merancang untuk membuat SD itu tetapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu,”

“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi,”

Pada 17 Oktober 2006, Azilah kata dia ada berjumpa Najib di Pekan dan Najib mengarahkan dia membunuh ‘perisik asing’.

Katanya perkara itu diulangi Razak Baginda dipejabatnya pada keesokan harinya.

Sebelum ini Najib berulang kali menafikan yang beliau pernah bertemu dengan Altantuya, malah sumpah penafian itu juga dilakukannya dalam masjid.

 

Antara lain, Azilah dalam afidavitnya mendakwa:

  • Azilah berkata dia diarahkan, dimaklumkan dan percaya arahan untuk operasi sulit itu datang terus daripada TPM dan melalui aide-de-camp beliau ketika itu, DSP Musa Safri.
  • Dia menyebut tiada motif atau sebab untuk membunuh Alatantunya tetapi Najib dan Musa, dakwanya, berkata operasi itu berkaitan keselamatan negara.
  • Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, katanya dia diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan Azilah juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM.

Pada setiap masa material, saya percaya bahawa saya bertanggungjawab menyimpan segala rahsia berkenaan operasi sulit tersebut dan saya yakin bahawa saya akan dibantu oleh TPM sama ada dengan cara bahawa saya tidak akan dituduh di Mahkamah dan/atau bahawa sebarang isu berbangkit di dalam operasi sulit ini akan diselesaikan.”

  • Azilah menerima arahan lisan, tidak secara bertulis, daripada TPM dan Musa.
  • Azilah setuju menjalankan ‘operasi’ tersebut atas kepercayaan penuh ia melibatkan keselamatan negara.
  • Percaya BN mempunyai kedudukan kukuh dalam kerajaan dan sebarang cubaan untuk mengingkari arahan TPM atau memburukkan namanya dalam kes itu akan menjadi sia-sia dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadapnya.
  • Dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya dan bimbang perintah hukuman mati terhadapnya dilaksanakan segera.

 

“Kalau macam ni baik saya bongkar dan bagitau semua”

Azilah berkata selepas mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi, dia menelefon Musa tetapi dia diminta bersabar.

“Saya beritahu DSP Musa, ‘Kalau macam ini baik saya bongkar dan beritahu semua.’”

Azilahj
Sumber: mstar

Pada masa sama dia yang juga bekas polis itu memohon maaf diatas penglibatannya dalam operasi yang meragut nyawa manusia tidak bersalah.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shaariibuu di atas apa yang telah terjadi di mana saya tiada pilihan pada waktu tersebut melainkan untuk mematuhi arahan yang diberikan kepada saya dalam menjalankan tugas,”

 

Artikel ini adalah bersumberkan berita eksklusif Malaysiakini.

Baca : “Saya tak selesa ada duit banyak tu dalam akaun”  Najib Cakap Dia Tak Tahu Pun Dalam Akaun Dia Ada RM3.2bil…

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.