in

“Rileks guys, saya ok je, kita kerja NGO ni semua ada hitam putih” – Nadir Al-Nuri Jawab ‘Soalan’ UEL?

Nadir2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew(UEL) kini semakin menjadi buah mulut orang ramai, mula-mula penyanyi rap Caprice mempersoalkannya sebelum membuat permohonan maaf, kemudian Nadir Al-Nuri pula buat satu pendedahan panjang lebar yang boleh dikatakan kurang menyenangkan sepanjang aktiviti UEL dan teamnya di Gaza.


 

Saya ok je – Nadir

Maka, wujudlah lagi bermacam-macam persoalan, dari kertas kerja, layanan semua sampai lah ke bab beli barang di dalam Gaza. Oleh sebab itu, segala persoalan telah terjawab apabila UEL sendiri buka mulut menerusi sesi live selepas beliau membuat laporan polis pada sehari sebelumnya.

Ia sekaligus menjawab segala isu yang dibangkitkan dari hal-hal kertas kerja, dirinya di Gaza, sampailah isu block di media sosial yang dibangkitkan oleh Caprice.

Biarpun sudah menjawab isu tersebut dan menjadi perhatian serta buah mulut orang ramai sampai sekarang, semasa menjawab isu tersebut, timbul lagi persoalan dan isu baru apabila UEL turut ‘buka cerita’ yang ramai tak tahu dimana individu lain seperti Neelofa turut terheret dalam masalah ini.

Selain itu, wujud juga persoalan UEL kepada Nadir berkenaan dengan wang RM 20 juta. Apapun, terbaru ini, Nadir Al-Nuri ada memberikan satu respon menerusi IG Story dan menerangkan bahawa dirinya baik-baik sahaja.

Image From Ios 12 2

Dalam post tersebut, Nadir melihat sedang giat melakukan penyembelihan, dan menjelaskan bahawa dirinya kini baik-baik sahaja.

Malah, Nadir juga ada menjelaskan bahawa, mereka yang bekerja sebagai NGO ini semua ada hitam putih.

“Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah, Cuma sehari dua ni nak kena settle projek ni dulu.” Katanya.

Apapun, masih kurang pasti ia ditujukan untuk siapa dan sebab apa, jadi harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan cara baik.

 

Baca : Ustaz Ebit Lew Tenang Jawab Soalan Isu ‘Misi Gaza’, Minta Nadir Perjelas Dimana ‘Hasil’ Dana RM20 Juta

Ust Ebit

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.