in

Nadia Brian Tak Kisah Kahwin Dengan Suami Orang Kalau…

Ft Nadia Brian Tak Kisah Steri Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Nadia Brian menyatakan bahawa tidak mustahil untuk dia menjadi isteri kedua dalam perkahwinan nanti. Namun, ia perlu bersyarat kerana Nadia mengakui bersikap selektif dalam mencari pasangan hidup.

Pun begitu, dia bertegas tentang soal poligami kerana tidak mahu berlakunya pergaduhan dengan isteri pertama. Bagaimanapun Nadia Brian mengimpikan lelaki bertanggungjawab dan kuat ilmu agama.


Artikel berkaitan : Balas Emoji Love Di Ruangan Komen, Nadia Brian & Zizan Razak Ada Apa-Apa Ke?

Artikel berkaitan : “This is too much” – Nadia Brian Bengang Ditengking ‘Influencer’ Demi ‘Content’

“Isu jodoh sebenarnya kompleks. Saya memang mahukan lelaki bertanggungjawab dan beriman. Tapi mana tahu kalau saya jatuh cinta dengan suami orang? Tapi, selagi boleh elak, kita kena elak.”

“Kalau saya berjodohan dengan suami orang pun, biarlah bersyarat. Contohnya, saya kena baik dengan isteri pertama dia. Kena ada keharmonian dalam poligami dan persetujuan semua pihak.”

Snapinsta.app 431170256 18422493010032212 8271514663715309792 N 1080 1004X1024 1

Pernah gagal dalam perkahwinan, Nadia Brian akui bahawa dia masih lagi bimbang untuk berkahwin lagi kerana impikan rumah tangga bahagia.

“Saya memang rasa takut nak berkahwin, takut perkara sama terjadi. Saya sedar bahawa sebuah perkahwinan tidak mudah, perlu ada kerukunan dan toleransi sesama pasangan.”

“Tetapi semua itu bukanlah saya letak sebagai satu trauma untuk saya tidak mengecap bahagia. Jujurnya, saya memang nak kahwin, mahu ada anak dan membina keluarga kecil yang bahagia.”

Snapinsta.app 434348834 18426231358032212 8664242311180304052 N 1080 1024X1024 1

Sebagai rujukan, Nadia Brian pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada April 2021.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.