in

Nad Zainal ‘Ditidurkan’ Semula, Paru-Paru Belum Kuat Nak Bernafas Sendiri – Ungku Ismail

Nad Ungku Ismail 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang dah sedia maklum dengan keadaan pelakon Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri akibat jangkitan paru-paru.

Hm226Nadd 1669958952

Meskipun sudah menunjukkan beberapa perkembangan positif, pelakon terbabit difahamkan terpaksa ditidurkan semula oleh doktor susulan keadaan paru-parunya yang belum kuat.


Memetik perkongsian IG Story seorang rakan artis, Ungku Ismail, dia sempat menziarahi Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, di hospital pada petang Jumaat.

317635408 6069008189809901 5221109094668417852 N

 “Nad Zainal kena intubate semula. Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU,” tulis Ungku Ismail.

Tambah Ungku Ismail lagi, ketika dia melawat Nad, pelakon wanita itu sudah sedar dan boleh mengangguk lega dengan intubation yang diberikan susulan tekanan oksigennya merosot menjelang malam selepas pihak hospital menanggalkan intubate yang disambungkan kepada Nad.

Nadddo23 1669734471

Untuk pengetahuan, pelakon yang pernah membintangi filem Kami Histeria ini dimasukkan ke hospital sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Setakat ini juga, satu tabung kecemasan telah ditubuhkan rakan-rakannya dan peminat bagi membantu meringankan beban keluarga pelakon terbabit untuk membayar kos rawatannya di hospital.

Di akhir perkongsiaannya, Ungku Ismail turut sempat meminta netizen supaya terus berdoa supaya kesihatan Nad semakin baik dan paru-parunya boleh berfungsi secara normal kembali.

Sumber: IG @ungkuismailaziz

Baca: “Dia dah mula sedar” – [VIDEO] Ungku Ismail Kongsi Perkembangan Terkini Nad Zainala

Nad Zainal Mula Sedar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.