in

“Nabi SAW pun pernah berjanji, tapi tak dapat tunaikan..” – Khalid Samad Samakan Sebab PH Gagal Laksana Semua Manifesto Dengan Zaman Nabi.

Featured 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin rasa dah memang jadi tanggungjawab kita untuk menunaikan setiap janji yang kita bagi, kalau rasa tak boleh nak tunaikan buat ape berjanji kan?


Memetik laporan malaysiakini hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji pada manifesto mereka yang lalu bukanlah sesuatu yang disengajakan..maksudnya apa tu?

Instagram 10Janji100Hari Bm Cover
Sumber : google

50C8

Sebaliknya perkara itu disebabkan kekangan semasa iaitu kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

“Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji.

“Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat.

“Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa,”

Khalid berkata demikian waktu sesi penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Ipoh hari ini.

26Ae888296Fa1E41C35Aa9Ee9E45Ebbc
Sumber : malaysiakini

Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata PH komited untuk melaksanakan semua janji yang diikrarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, namun duit tidak mencukupi.

“Memang kita nak buat, tapi tak boleh, duit tak cukup.

“Bukan kerana Mat Sabu (Mohamad Sabu) belikan beg tangan Birkin untuk Kak Normah (isteri Mohamad),”

Malah Khalid berkata, menteri-menteri kabinet juga terpaksa mengorbankan elaun dan gaji mereka sebagai langkah penjimatan berikutan keadaan kewangan negara yang teruk.

“Menteri sudah potong 10 peratus (gaji), elaun kita dalam parlimen kita dah potong. Banyak lagi kita dah potong. Ada rumah (sekalipun), duduk di kuarters dan potong RM4,000 sebulan.

“Kerana apa? Nak jimatkan duit. Duit tak ada. BN kata hutang hanya RM600 bilion, tetapi PH kata hutang ialah RM1 trilion. Kalau nak percaya BN, percayalah,”

Namun rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka dengan perkara tersebut.

Buat kerja sudah, tak perlu banding dengan nabi!

Buat Kerja Sudah Tak Perlu Banding Dengan Nabi

Rakyat faham cuma nak PH berusaha…

Rakyat Faham Cuma Nak Ph Berusaha

Libatkan nabi plk dah ‘mamat jambang’ nih….

Libatkan Nabi Pulak
Sumber : facebook

Fuh…main-main nama nabi ni yang admin tak sedap hati, kalau yer pun nak berikan penjelasan rasanya tak perlu lah sampai nak samakan dengan zaman nabi kan.

Baca : Jika saya ampu kerajaan, mesti tak sekat PU Syed Tak Kisah Dibanned TV  Radio Mulai 2019

Penceramahdisekat 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.