in

“Nabi Muhammad SAW ada bantu isteri” – Dakwa Lelaki Buat Kerja Rumah Tak Sejati, PU Syed ‘Sekolahkan’ DMA Islam

ft dma islam PU Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap mencetuskan kontroversi, pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam sekali lagi membuat kenyataan yang mengundang kemarahan ramai baru-baru ini. Dia telah melabelkan para suami yang bantu isteri buat kerja-kerja di rumah sebagai golongan gay.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mempersoalkan lelaki yang dianggap sebagai khalifah melakukan kerja tersebut dengan membandingkan seorang raja di istana yang sekaligus lelaki sebegitu dianggap takut kepada isteri kerana tidak dihormati disebabkan nafkah yang diberikan tidak berbaloi.


Artikel berkaitan : DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju

Artikel berkaitan : Jadikan Konten Di Neraka Sebagai Bahan Gurau, PU Syed Harap Pihak Berkuasa Negara Jiran Ambil Tindakan

 

“Nabi Muhammad SAW ada bantu isteri” – PU Syed

Screenshot 2025 08 26 164255

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, pendakwah bebas, PU Syed tampil menemplak kenyataan DMA Islam dengan menepis dakwaan yang mengatakan lelaki yang melakukan kerja rumah dan bantu isteri menguruskan anak adalah bukan lelaki sejati.

PU Syed memberi jawapan dengan memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W yang membantu para isterinya dan ia tidak membataskan baginda untuk jadi pemimpin.

“Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada membantu isteri-isteri baginda dekat rumah, adakah membantunya Rasullullah S.A.W kepada para isteri itu membuatkan nabi tak layak jadi khalifah? Tak, nabi segala-galanya.”

Tambahnya, Saidina Umar Al-Khattab dan para sahabat baginda juga melakukan perkara yang sama, ia sama sekali tidak menjatuhkan martabat seorang suami, sebaliknya, ia lebih menunjukkan kecaknaan seorang suami.

“Ia merupakan satu mahabbah (kasih sayang), rasa seronok, rasa cinta suami kepada isteri dengan membantu kerja rumah. Jadi ia tidaklah mengaibkan. Jadi amat pelik apabila seorang pemuda yang tak nikah lagi, sembang kencang.”

PU Syed juga sempat berseloroh secara sarkastik tentang perlawanan tinju yang melibatkan DMA Islam bersama Abang Koroy baru-baru ini.

Sumber : Instagram DMA Islam, PU Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.