in

Shah Rukh Khan Didakwa Beri Rasuah RM13 Juta, Rayu Gugurkan Kes Dadah Anak

Shah Rukh Khan Rasuah Kes Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan kecoh di media India baru-baru ini susulan beliau didakwa memberi rasuah kepada seorang pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan kes dadah melibatkan anaknya, Aryan Khan.


Menurut sumber, pelakon itu dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta Rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Malah, tangkap layar perbualan Sameer bersama Shah Rukh Khan berhubung kes itu telah tersebar di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi perbualan itu, Shah Rukh Khan menghantar mesej panjang lebar merayu supaya nama anaknya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Susulan dakwaan itu, ramai menyatakan isu tersebut bukan rekaan atau gosip berdasarkan gaya hidup mewah ditampilkan Sameer selain kerap bercuti di luar negara dipercayai menggunakan wang rasuah.

Terdahulu, Aryan telah ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, dia dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

Baca: Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan Terlepas Tuduhan Miliki Dadah Sebab Kes Tidak Kukuh
1Srk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.