in

Murid ‘Pecat’ Cikgu Pemalas

Fi

Zaman sekolah dulu-dulu mesti ada cikgu yang korang tak suka, kan? Asal masuk kelas dia je rasa tak semangat nak belajar, masa pun rasa macam lambat sangat berlalu.

Tapi disebabkan dorang tu cikgu, korang terpaksa je lah redha masuk kelas demi ilmu. Tapi sekumpulan murid kat satu sekolah rendah ni dah tak tahan sangat dengan cikgu dorang dan decide nak buat protes, lapor WORLD OF BUZZ. Wah tak tahan sangat dah ni!

1 5
sumber: wob

Protes ni bertujuan untuk menuntut supaya cikgu dorang dipecat. Whaaat?!! Cikgu dikenali sebagai Chantana Sutaphanit ni dikatakan seorang cikgu yang malas dan ada perangai tak elok, sebab tu lah budak-budak ni tak suka dia.

Kejadian ni berlaku di sebuah sekolah rendah kat Sekolah Rendah Anuban La-ngu, daerah Satun, Thailand. Pada pagi 21 Jun, sekumpulan kanak-kanak ni dengan semangat membara tunggu Cikgu Chantana sampai depan sekolah. Bukan sebab nak tolong angkat beg, tapi sebab nak cikgu tu sedar betapa teruknya dia jadi guru.

2 6
sumber: wob

Bila Cikgu tu sampai, murid-murid tadi cepat-cepat keliling kereta Chantana sambil pegang papan tanda yang ada tulis;

  • “Cikgu Chantana, pergi dari sini!”
  • “Saya tak nak belajar dengan Cikgu Chantana!”
  • “Saya bukan anak manja!”
  • “Kenapa kamu kena suruh anak saya urut kamu waktu sekolah?”

Cikgu tu tergamam dengan apa yang jadi dan tak mampu nak buat apa-apa selain rakam insiden tu guna telefon bimbit dia. Protes ni tarik perhatian pihak polis kat kawasan tu lepas dorang terima panggilan telefon yang laporkan kereta Chantana kena blocked.

3 3
sumber: wob

Protes murid-murid tu akhirnya bersurai pukul 9 pagi dan takde sebarang kecederaan berlaku. Selepas insiden tu pihak atasan Bahagian Pendidikan melawat sekolah untuk dengar aduan pasal Chantana. Antaranya adalah:

  • Guna bahasa kesat depan murid sekolah
  • Mencarut dan memaki murid
  • Mencucuk pelajar guna pensel tajam
  • Mengabaikan tanggungjawab dengan bergayut di telefon sepanjang hari
4 4
sumber: wob

Mak ai macam mana boleh jadi cikgu ni? Rakan sekerja Chantana juga ada mengadu yang mereka kurang senang bekerja dengannya. Guru bermasalah ni akhirnya digantung kerja sehingga siasatan selesai.

Haa, kan dah kena! Siapa suruh buat perangai. Budak kecik pun dah pandai gunakan kuasa bersuara sekarang ni tau!

Baca: Membazir Makanan! Murid Tipu Konon Nak Datang Beraya

Czzc