in

“Mungkin dia ingat tu duit mainan”- Wanita Pening Kepala Tengok Anak Gunting Wang Kertas

F2 Anak Gunting Duit Kertas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa kerana anak-anak ini ada banyak kerenah dan ragam terutamanya anak kecil yang berusia bawah tujuh tahun sebab mereka belum faham sepenuhnya erti kehidupan ini.

Itulah yang boleh digambarkan dengan situasi seorang ibu di Indonesia ini apabila anak perempuannya yang masih kanak-kanak telah menggunting wang kertas miliknya.


Gambar wang kertas yang telah digunting itu telah dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai mahisaka_ di TikTok baru-baru ini.

4 2

Artikel Berkaitan: Wang Tunai RM60K Bertaburan Atas Jalan, Pemuda Terlupa Ambil Duit Yang Diletakkan Atas But Kereta

Artikel Berkaitan: “Kecik-kecik dah sweet” – Anak Usia 6 Tahun ‘Suprisekan’ Ibu, Belikan Cincin Emas Guna Duit Tabung Hari Jadi

Dalam video tersebut, boleh dilihat bahawa anaknya itu telah menggunting wang kertas tersebut kecil-kecil sehingga menjadi seperti kepingan puzzle.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh wanita itu di TikTok, wang kertas tersebut merupakan duit untuk belanja bulanannya. Allahu, kesiannya…

Difahamkan, wanita itu lambat menyedari tentang wang-wang itu kerana pada mulanya dia menyangka anaknya itu sedang menggunting kertas biasa.

Namun, sangkaannya ternyata salah kerana kertas itu adalah wang. Mungkin budak tu ingat tu wang mainan kot kan. 

Walau bagaimanapun, ibu tersebut tetap gigih untuk cuba menyelamatkan wang-wang kertas yang telah digunting itu dengan cara mencantumkannya semula dengan menggunakan selotep.

@mahisaka_

Membalas @Pengguna Preset seru juga main puzzle sampai subuh ? #proyektoodler #janganajariakusabar #gwenchanagwenchana

♬ suara asli – mahisaka – mahisaka

Memetik laporan Liputan6 pula, difahamkan, wang yang telah digunting seperti ini masih lagi boleh ditukar di Bank Indonesia kerana bank negara itu tetap menerima wang rosak yang ingin ditukar baru asalkan tanda keaslian atau ketulenan wang Rupiah itu masih dapat dilihat dan dikenali pasti.

Nasib baik masih boleh tukar kan… 

Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.