in

“Mungkin ada yang kecewa…” – Ardell Aryana Beri ‘Hint’ Bakal Umum Misi Seterusnya Malam Ini

ardell aryana misi seterusnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tampil dengan satu kenyataan berhubung misi kemanusiaan ke Gaza selepas selamat tiba di tanah air.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ardell mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan perjuangan para aktivis dan sukarelawan flotila serta rakyat di Gaza.


Ardell menyatakan walaupun ketika ini dilihat untuk break the siege tidak berjaya, tetapi misi ini telah berjaya menggugah kebisuan dunia mengenai nasib rakyat Palestin.

“Mungkin untuk break the siege tidak berjaya dan mungkin ada yang kecewa tetapi kita semua seluruh negara berjaya break the silence memberi tekanan kerana kuasa suara lebih hebat jika bersatu,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Anak Bimbang Dapat Tahu Kapal Conscience Dipintas, Yakin Ibu Bapa Dalam Keadaan Selamat

Artikel berkaitan: “Semua setuju kita balik diam-diam” – Musa Nuwayri Terkilan Sambutan Kepulangan Ahli GSF Dianggap Mahu Raih Populariti

Sehubungan itu, Ardell menjelaskan misi kemanusiaan ini belum selesai malah baru sahaja bermula dan berharap peperangan di Palestin segera dihentikan.

Dia turut menyatakan akan dimaklumkan mengenai misi seterusnya pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.

“Misi kemanusiaan ini belum selesai! Misi untuk Gaza belum selesai! Apakah misi seterusnya? Insya-Allah di Axiata Arena mungkin akan dinyatakan selepas Maghrib.

“Ini baru permulaan, laungkan suara kita demi Palestin, demi maruah, agama, bangsa dan kemanusiaan.

“Semangat kalian bukan sia-sia, buktikan semangat kita bersama bukan hanya semangat sementara tetapi semangat luar biasa sehingga peperangan terhenti,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana)

Untuk rekod, 23 aktivis Malaysia yang menyertasi misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah selamat pulang ke tanah air malam tadi.

Kepulangan mereka turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pengamal media, ahli keluarga serta ratusan penyokong.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.