Tidak kira apa status kita sekalipun, kita telah diajar untuk berbuat baik antara satu sama lain bahkan peribadi seseorang itu juga melambangkan hasil didikan yang diterima.
Hal ini sama seperti perkongsian video di Twitter yang memaparkan sikap anak kecil yang membantu rakannya ketika waktu rehat di sekolah.
Menerusi rakaman video berdurasi 20 saat itu, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang memegang makanan dan menyuap rakannya menjamah makanan memandangkan rakannya itu bersifat orang kurang upaya (OKU).
https://twitter.com/ric_callmeric/status/1633453368491532288?s=20
Dapat dilihat, murid lelaki OKU itu tidak mempunyai kedua-dua belah tangan begitu senang hati dapat menikmati makanan di kantin sekolah bersama rakan yang lain.
“Mulianya hati adik”
Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya begitu tersentuh dengan kebaikan murid lelaki itu yang membantu rakannya.
Walaupun sekadar memegang makanan untuk memudahkan rakannya makan, tetapi aksi tersebut cukup membuatkan orang ramai yang melihatnya terkesan dengan persahabatan kedua-dua pelajar itu.
Ramai juga memuji didikan ibu bapa serta orang sekeliling pelajar tersebut sehingga membentuk sahsiah peribadi yang begitu baik.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan berharap persahabatan mereka terus kekal.
Bertuah ada rakan yang baik macam ini!
Baca: [VIDEO] Netizen Kagum Lihat Pelajar Istimewa Ini Tolong Susun Kasut Ketika Rakan Solat